Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

DBKL Tawar RM35,000 Seunit...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan harga RM35,000 bagi setiap...

Kerajaan Pertimbangkan 25 Tuntutan...

PETALING JAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meneliti dan mempertimbangkan...

Kes Rasuah Pengarah Kastam...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan...

Dalang 2 Kes Samun...

SHAH ALAM - Polis menahan seorang jurujual kedai emas dipercayai perancang utama dua...

Ibu Kejam Akhirnya Mengaku Bunuh Anak

SEORANG ibu yang kejam akhirnya mengaku kepada suaminya bahawa dia telah membunuh dua anak mereka mereka selepas mendapat tahu suaminya mempunyai wanita lain.

Pengakuan itu dibuat oleh Lesley di dalam penjara.

Lesley ketika ini dihukum penjara selama tujuh tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun, Lucy pada 2012.

Manakala seorang lagi anak mereka Harvey meninggal dunia ketika berusia tujuh bulan pada 2004. Dia ditemui tidak bernyawa di atas katilnya.

Namun polis menyifatkan kematian Harley sebagai kematian biasa dan tidak mendakwa Lesley atas kematian bayi lelakinya itu.

Pengakuan Lesley itu nyata mengecewakan suaminya Wayne Dunford, 58, yang selama bertahun-tahun mempertahankan bahawa isterinya tidak bersalah terhadap kematian Lucy dan menyifatkan Lesley menjadi mangsa ketidakadilan sistem perundangan apabila dihukum penjara.

“Ya, aku boleh memberitahu kau pada 2004 tetapi aku takut akan reaksi kau. Aku amat kesal,’’ demikian tulis Lesley dalam sepucuk surat kepada suaminya.


Lesley turut menyatakan kekecewaannya terhadap Wayne kerana mempunyai teman wanita namun dia mahu memulakan kehidupan baru selepas bebas dari penjara kelak.

Dalam pada itu, Wayne berkata, ketika menerima surat itu dia sangat kecewa.

“Apabila mendapat surat dari Lesley yang memaklumkan bahawa dia membunuh anak-anak kami, ia memang menyakitkan.

“Ia memang tidak berperikemanusiaan. Keluarga saya menjadi hancur,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori