Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Parlimen Bahas, Ungkai Ordinan...

PUTRAJAYA - Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan-Ordinan Darurat akan dibawa ke sidang...

Lukis Watak ‘The Avengers’...

MEMANG berbakat dan kreatif, seorang wanita dari Vietnam ini berjaya buktikan seni juga...

Gred 56, Berita Baik...

PUTRAJAYA - Lapisan kenaikan pangkat DG56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan akan memberi...

Puspakom Nafi Kakitangannya Terlibat...

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn Bhd hari ini menafikan dakwaan bahawa kakitangannya adalah...

Ibu Rakam Video Dera Anak Untuk Dikirim Kepada Bekas Suami

SEORANG ibu tergamak merakamkan sendiri video saat dia memukul dan memarahi anaknya hanya kerana ingin menunjukkan kepada bekas suaminya.

Wanita itu yang dikenali sebagai Tatiana sudah ditahan dan pihak polis kini sedang melakukan proses soal-siasat terhadap suspek.

Tatiana

Insiden yang berlaku di Rusia itu menunjukkan Tatiana memukul anak lelakinya, Sasha malah turut menjerit dan menghamburkan perkataan mencarut di hadapan anaknya yang berusia dua tahun itu.

Tatiana dipercayai merakamkan video itu untuk dihantar kepada bekas suaminya yang meninggalkan mereka anak-beranak.

Doktor yang merawat Sasha mengatakan badan kanak-kanak itu penuh dengan kesan lebam, tetapi dia bernasib baik kerana luka itu boleh sembuh dalam masa yang cepat.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga bekas suami Tatiana risau dengan keadaan kesihatan mental anak saudara mereka gara-gara impak akibat penderaan yang dialaminya itu.


Sebagai contoh, mereka menyatakan berkemungkinan besar Sasha akan membesar menjadi seorang yang sangat pemalu dan tidak reti berkomunikasi dengan orang lain.

Disebabkan hal itu, datuk dan nenek sebelah bapa Sasha kini sedang berjuang untuk menuntut hak penjagaan cucu mereka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori