Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Cuti Tambahan Aidiladha

KUALA LUMPUR - Tiada cuti tambahan diberi kepada sekolah sempena sambutan Aidiladha pada...

Mohd Nasharuddin Mahu Cipta...

INCHEON - Atlet olahraga negara Mohd Nasharuddin Mohamad berazam untuk mencipta rekod baharu...

Mantain ‘Meletop’ Lepas Bersalin,...

Sebaik sahaja berita Rozita Che Wan (Che Ta) selamat melahirkan bayi seterusnya gambar...

Tiada Lagi Amalan Kewangan...

BANGKOK - Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa sebarang amalan kewangan yang tidak telus dalam...

Ibu Tunggal Warga Vietnam Bebas Tuduhan Edar Lebih 2kg Dadah

KUALA LUMPUR – Warga Vietnam beranak tiga terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah lebih 2 kilogram.

Pesuruhjaya Kehakiman Ab Karim Ab Rahman melepaskan dan membebaskan Vo Thi Nhanh, 42, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi wanita itu.

Ibu kepada anak berumur 15, 12 dan lima tahun itu didakwa mengedar Methamphetamine seberat 2,120 gram di sebuah bilik di Sun Inns Hotel Kepong, Medan Putra Business Centre, Off Jalan Damansara, di sini pada 6.40 petang, 30 Okt 2013.

Wanita itu yang bekerja di sebuah pusat karaoke didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh, memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.


Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori