Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 8,134 orang...

Filem Seram Insidious Akan...

SELEPAS kejayaan dua filem seram Insidious dan Insidious 2, pihak penerbitnya meneruskan penerbitan...

Pencemaran Sg. Masai Bukan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menafikan pencemaran yang berlaku di Sungai Masai di...

Itali Selamatkan 550 Pendatang...

ROME - Pihak pengawal pantai Itali menyelamatkan kira-kira 550 pendatang yang cuba menyeberangi...

Wak Doyok Ikon Fesyen Tambah Koleksi Peribadi Jadi Penyanyi

NAMA aslinya Mohd. Azwan Md. Nor. Namun, jejaka ini lebih dikenali dengan nama samaran Wak Doyok, merupakan ikon fesyen dan trend setter dalam kalangan lelaki dengan gaya dan penampilan sentiasa segar dan kemas.

1170021_970069486412146_289089656_n

12751629_183248675389033_1084419186_n

12784111_219130641769614_280809156_n

Kariernya bermula sebagai ikon fesyen, kemudian diikuti dengan bidang lakonan dan pengacaraan. Kini Wak Doyok, 36; menambah satu lagi koleksi dalam hidupnya apabila bakal bergelar seorang penyanyi pula.

Bakal tampil dengan single sulungnya dengan kerjasama penyanyi Asfan atau Norasfan Shah Shah Rudin, 33. Ikon fesyen ini memilih genre balada bagi single pertamanya itu.

“Saya baru sahaja berbincang dengan penyanyi Asfan untuk menghasilkan single pertama.

“Dia mencari lagu dan lirik sesuai untuk saya. Kalau nak tahu saya memang suka menyanyi sejak dulu dan single ini akan jadi salam perkenalan sebagai penyanyi,” katanya kepada akhbar Harian Metro.


Personaliti ini turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH29) untuk kategori Personliti Media Sosial Popular dan Pengacara TV Popular.

Mana tidaknya, laman Instagram miliknya memiliki seramai 1.2 juta pengikut dan mempunyai 120 ribu lebih likes menerusi  laman Facebooknya.

Selain itu, pengacara program travelog yang disiarkan di Rangkaian Media Prima itu tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencalonan itu.

Ini memandangkan dia adalah pendatang baharu dalam industri tanah air. Setiap calon yang bertanding punya keistimewaan tersendiri.

Racangan travelog Ke Jepun Ke Kita kini sedang menjalani sesi pengambaran. Melalui racangan ini Wak Doyok masih lagi digandingkan dengan Myo dari kumpulan Oh Chentaku kerana keserasian yang dimiliki mereka.

Wak Doyok dan Myo

Namun perkembangan positif yang diterimanya dilihat sebagai satu rezeki dalam kariernya. Selebriti ini juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori