Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Marsha, Shaiful Nizam Sah...

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh yang kini sah bergelar isteri...

Pesakit Maut Dipercayai Terjatuh...

KUANTAN - Seorang pesakit lelaki maut setelah dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan...

Saksi Tarik Balik Laporan...

Seorang peniaga menarik balik laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, atau...

Covid-19 : 1,054 Kes;...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan 1,054 kes termasuk satu kes import, menjadikan...

Inspektor Lamar Kekasih Di Hari Graduasi Polis

SEORANG pelatih polis, Lim Choong Wei, 25, memanfaatkan hari graduasi polisnya dengan melamar kekasih di hadapan ahli keluarga, rakan-rakan serta orang awam.

Lim melamar teman wanitanya, Liew Wei Li, 25, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur sebaik menamatkan kursus kepolisan sembilan bulan yang dilaluinya di sini.

Memakai uniform polis berwarna putih, Lim melutut dan melamar Liew dengan sebentuk cincin bersama belon bertulis Marry Me.

Liew bersetuju dengan lamaran tersebut.

“Hari ini adalah hari yang amat istimewa buat saya (tamat latihan polis). Jadi saya mahu menjadikannya lebih bermakna dengan melamar teman wanita. Syukur, dia bersetuju berkahwin dengan saya.

“Dia adalah sumber kekuatan saya. Liew sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang saya terlibat dalam kursus ini dan saya akan sentiasa menyayanginya,” kata Lim yang merupakan anak jati Kedah.


Kedua-dua mereka bertemu ketika melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Lim menamatkan kursus polis sebagai inspektor dan menyimpan cita-cita bergelar pegawai Jabatan Jenayah Komersil. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori