Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Cetus Panik, Buka Pintu...

LAGI kejadian 'pelik' berlaku di China...Seorang penumpang wanita berusia 50 tahun bertindak membuka...

Jatuhkan MB Perak: SPRM...

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin memanggil semula enam Anggota Dewan...

Merokok, Guna Telefon Bimbit...

IPOH : Merokok semasa memandu dan menggunakan telefon bimbit antara 12 kesalahan yang...

Amaran Angin Kencang Di...

KUALA TERENGGANU - Amaran angin kencang dan ribut bergelora di perairan Terengganu dijangka...

Isu Seluar Koyak: Che Ta Dakwa Turut Pakai Legging

Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta sememangnya tidak pernah lekang dek cerita sensasi lagi kontroversi.

21-Lagi-Gambar-Percutian-Che-Ta-Sekeluarga-Ke-Eropah-jpeg

Dari kisah keluarganya hinggalah cara pemakaiannya, ada sahaja yang tidak kena di mata masyarakat.

Terbaharu, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini dikritik gara-gara memuat naik sekeping gambar memperlihatkan dirinya memakai seluar jeans koyak sekali gus menampakkan sebahagian paha dan lututnya.

BACA: Che Ta Dikritik Pedas Netizen Gara-Gara Seluar Koyak Di Lutut

 

1-18

Ini kerana ramai yang berpendapat cara pemakaian Che Ta tidak menggambarkan keperibadiannya sebagai seorang wanita berhijab.

Menjawab isu yang hangat diperkatakan ini, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan memberitahu dia turut mengenakan legging atau sarung betis sebelum memakai jean koyak berkenaan.

Jelas Che Ta, 44, dia tahu cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya yang bertudung dan enggan mengendahkan kritikan netizen yang hanya tahu mencari silapnya sahaja.


“Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini.

“Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat… itu yang penting.

“Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul.

“Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka,” ujarnya kepada mStar Online.

Che Ta memuat naik gambar tersebut pada Isnin menerima lebih 900 komen yang rata-ratanya menghentam dan memberi nasihat kepadanya.

BACA: Che Ta: Orang Buta Je Tak Boleh Bezakan Seluar Dengan Peha

Ini bukanlah kali pertama cara pemakaian Che Ta dikritik kerana sebelum ini, pelakon jelita ini turut mendapat perhatian selepas mengenakan seluar ketat berwarna kulit sekali gus memberi ilusi dia mendedahkan bahagian peha kepada umum. – MYNEWSHUB.CC


TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori