Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perlu Selalu Turun Padang...

BESUT - Kesemua wakil rakyat dan ketua jabatan kerajaan di Terengganu perlu memperhebat...

Zeti Mengetahui Kerugian Forex...

PUTRAJAYA - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz...

Pakistan Rampas 2,000kg Daging...

KARACHI – Pihak berkuasa Pakistan akan memulakan siasatan selepas hampir 2,000 kilogram (kg)...

Pinkfong & Baby Shark...

HEBAT... Peminat cilik tempatan tentu kenal benar watak Pinkfong & Baby Shark yang...

Jaket Han Solo ‘Star Wars’ Dilelong Lebih RM740 Ribu

SEHELAI jaket kulit yang pernah dipakai oleh Harrison Ford ketika memegang watak sebagai Han Solo dalam filem Star Wars: The Force Awakens telah terjual meerusi sebuah lelongan amal.

329EFC1400000578-3512821-image-a-58_1459192748320
SEHELAI jaket kulit yang dipakai oleh Harrison Ford, 73, ketika memegang watak sebagai Han Solo dalam filem Star Wars : The Force Awakens.

Lelongan amal itu bertujuan mengumpul dana penyelidikan bagi mencari ubat untuk penyakit epilepsi.

Dalam acara lelongan itu, lebih daripada 50 orang turut serta. Tawaran bidaan dibuka dengan harga minimum AS$15,000 bersamaan RM58,144.50.

329EFC2000000578-3512821-image-m-64_1459192818446

Akhirnya, jaket Han Solo yang telah ditandatangani sendiri oleh Ford, 73; itu terjual dengan bidaan paling tinggi iaitu AS$191,000 (kira-kira RM740,373.30).

Hasil daripada lelongan itu disumbangkan kepada pihak Pusat Perubatan NYU Langone untuk dana penyelidikan bagi mencari penawar epilepsi.


Menurut laporan abcactionnews.com, anak perempuan Ford iaitu Georgina, 25; turut mengidap epilepsi dan pernah menerima rawatan di NYU Langone.

“Kami sangat hargai kemurahan hati Ford dan Lucasfilm untuk sokong penyelidikan FACES dan progam epilepsi klinikal di NYU Langone Medical Center,” kata Dr. Orrin Devinsky dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori