Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3 Sekeluarga Ditahan Miliki...

SEREMBAN - Tiga wanita yang mempunyai ikatan kekeluargaan ditahan polis kerana memiliki satu...

PM Ke S’pura Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan ke...

Olaf Scooters – Beg...

Masihkah anda ingat dengan skuter lipat atau lebih dikenali dengan nama skuter tendang?Jika...

RM50k Setiap Pemain, Jika...

SHAH ALAM - Pemain Kedah dijanjikan RM50,000 seorang sekiranya mereka menjulang Piala Malaysia...

Jet Peribadi Trump Gagal Terbang Sebab Lesen Tamat Tempoh

WASHINGTON DC – Waima memiliki kekayaan dianggarkan kira-kira AS$4.5 bilion (kira-kira RM17.6 bilion), calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan kontroversi terbaharu jelas tidak masuk akal.

Ini kerana jet peribadi milik tokoh korporat berusia 69 tahun ini didapati sudah tamat lesen pendaftaran yang sepatutnya diperbaharui akhir Januari lalu dengan caj hanya sebanyak AS$5 (RM19.60) untuk setiap tiga tahun.

Berita didedahkan akhbar terkenal The New York Times itu nyata mengejutkan banyak pihak kerana beliau masih lagi ‘terbang bebas’ ke seluruh negara untuk berkempen menyaingi lawannya, Hillary Clinton sejak akhir-akhir ini.

Berang dengan perlakuan tersebut, pihak berkuasa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) bertindak nekad melarang jet persendirian calon parti Republikan itu dengan nombor pendaftaran N725DT daripada berlepas.

trump1

“Para pengawas FAA telah pun menghubungi juruterbang pesawat Cessna 750 Citation X buatan 1997 itu untuk mengingatkan bahawa tempoh pendaftaran jet beliau yang sudah habis,” kata jurucakap FAA, Laura J Brown.

“Pemilik pesawat itu ketika ini tengah bekerjasama dengan bahagian pendaftaran pesawat FAA dan dijangka memperbaharui lesen pesawat tersebut sebelum kembali diizinkan untuk terbang semula,” tambah Laura.

DJT Operations CX, salah satu firma di bawah Trump sendiri yang memiliki pesawat berkenaan didapati gagal mendaftarkan pembaharuan lesen pesawat tersebut setelah tamat masa pendaftaran pada akhir Januari lalu.

Namun, Laura tidak mengulas lanjut apakah tindakan FAA terhadap pemilik pesawat atau syarikat operator kerana menerbangkan pesawat tanpa pendaftaran yang boleh dihukum denda AS$27,500 (RM107,386).


trump2

Di bawah peraturan am penerbangan awam di AS, jika pesalah diseret ke mana-mana mahkamah, maka denda hukumannya menjadi lebih besar iaitu AS$250,000 (RM976,237) atau hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Dalam pada itu, mengulas masalah tersebut, jurucakap pasukan kempen Trump, Hope Hicks menegaskan, masalah berkenaan akan segera diselesaikan dan mereka sedang cuba memperbaharui pendaftaran pesawat itu.

Kenyataan tersebut menimbulkan banyak tanda tanya kerana pada 20 April lalu, Trump dilaporkan mengadakan siri jelajah kempen beliau di Indianapolis, Indiana dan Berlin, Maryland yang jauh jaraknya 1,100 kilometer.

Hicks turut enggan menjelaskan bagaimana Trump mampu menuju ke dua lokasi tersebut dalam satu hari ketika jet peribadi bernilai AS$100 juta (RM390 juta) itu pula belum diizinkan lagi untuk terbang oleh pihak FAA.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Jet Peribadi Mewah Ronaldo Bernilai RM83 Juta

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori