Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Liverpool Kekal Rekod Tanpa...

LONDON - Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)...

UPKK 2022: Calon Terkesan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menyeru ibu bapa...

Pelbagai Inisiatif Bantu Rakyat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menjana pendapatan,...

Zaid Ibrahim ‘Lompat’ Parti...

PETALING JAYA - Bukan mengejutkan sesiapa lagi apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana...

Johor Sedia Terajui Penghasilan Biodiesel – MB

BATU PAHAT – Johor bersedia menerajui penghasilan biodiesel negara yang diharap mampu menjadi antara penjana utama tenaga alternatif global pada masa pada akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha berkenaan mampu dicapai menerusi loji pemprosesan minyak dan gas bernilai RM13 juta yang sudah siap dibina di sini dan direka untuk memproses minyak sawit mentah menjadi biodiesel sebagai bahan bakar.

“Pembinaan loji oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini diharap dapat membongkar potensi biodiesel daripada sumber tempatan. Loji itu sendiri adalah satu makmal yang signifikan kerana ia adalah tempat yang mengkaji tenaga alternatif menggunakan biodiesel.

“Kita tahu Johor antara negeri pengeluar minyak sawit mentah terbesar di negara ini, jadi sudah tentu ada bahan buangan daripada minyak sawit yang boleh digunakan sebagai tenaga alternatif yang boleh dijalankan oleh loji itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan loji berkenaan dan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persetujuan (MoA) antara UTHM dan Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), di kampus UTHM, Parit Raja, di sini hari ini.

UTHM diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin manakala JPDC diwakili Ketua Eksekutifnya Mohd Yazid Ja’afar.

Pembinaan loji pemprosesan berkeluasan 1,000 meter persegi itu dimulakan pada 2010 dan siap sepenuhnya pada 2012. Antara kemudahan yang disediakan adalah fire-tube boiler untuk penjanaan stim, peralatan pemprosesan bersepadu lengkap dengan operasi kawalan automatik serta loji rawatan air sisa.


Mohamed Khaled berkata kewujudan loji itu juga menjadi satu langkah penting dalam mendukung agenda kelestarian Johor khususnya dan Malaysia amnya, sekali gus mahu pelaburan dalam bidang itu digiatkan.

“Percayalah, jika kita tidak melabur untuk mencari alternatif terhadap sumber tenaga masa hadapan, maka kita akan berhadapan krisis tenaga yang akan membantutkan kemajuan.

“Sehubungan itu, saya sangat berharap loji ini boleh bekerjasama dengan pelbagai makmal lain di seluruh dunia untuk mencari jalan bagaimana biodiesel boleh menjadi sumber tenaga paling penting untuk manfaat manusia,” katanya.

Sementara itu, mengenai MoA berkenaan, Mohamed Khaled berkata ia akan menggalakkan pembangunan jitu dalam bidang teknologi kejuruteraan hiliran minyak dan gas, selaras dengan visi mentransformasikan Johor menjadi hab industri minyak dan gas bertaraf dunia.

Beliau berkata menerusi MoA itu juga, UTHM dan JPDC bakal memperkasakan pembangunan modal insan menerusi latihan berkaitan industri hiliran minyak dan gas yang akan ditawarkan di UTHM dalam usaha melahirkan graduan berkemahiran dan bersedia memasuki alam pekerjaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori