Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

KFA Yakin Mampu Bawa...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yakin skuad Lang Merah mampu...

Liyana Jasmay Tak Guna...

KUALA LUMPUR - Pelakon Liyana Jasmay tidak akan menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk...

SOP Baharu Tangani Masalah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu...

Nilai Syarikat Facebook Lebih...

NEW YORK - Saham Facebook meningkat pada Isnin sekali gus menyebabkan nilai syarikat...

JPA Selesai Proses Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Sedia Ada

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menyempurnakan proses penambahbaikan 252 skim perkhidmatan sedia ada di bawah langkah rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menjelaskan langkah rasionalisasi skim perkhidmatan itu bukan merupakan semakan Sistem Saraan, sebaliknya ia adalah penambahbaikan 252 skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

“JPA juga telah mengadakan 87 rundingan melibatkan sesi libat urus yang begitu menyeluruh bagi mencapai hasrat ini.

“Saya berharap seluruh warga perkhidmatan awam akan menyambut baik usaha kerajaan untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penjawat awam,” kata beliau dalam catatan di laman Facebooknya pada Khamis lepas.


Mohamad Zabidi turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dalam membantu menyempurnakan proses penambahbaikan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori