Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pengantin Lelaki Tumbuk Pengapit,...

LONDON - Seorang pengantin lelaki yang bertindak menumbuk dua pengapit perkahwinannya di dewan Masonic...

VIDEO: Stesen Minyak ‘Kantoi’...

Video memaparkan meter minyak masih berjalan sedangkan nozel tidak dimasukkan ke dalam tangki...

Salur Aduan, Saranan Ke...

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian...

Najib Dedah Kit Siang...

PENDANG - Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan mengenai asal usul penubuhan Parti...

JPJ Masih Bincang Dengan MKN Berhubung SOP ICP

KOTA BAHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) berhubung Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menentukan sebarang keputusan kerana ia melibatkan polisi beberapa kementerian.

“Setakat ini kita masih meneruskan pengeluaran ICP kepada kenderaan luar bagi membenarkan mereka berada di negara kita maksimun 90 hari tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan. Kita akan perhalusi perkara ini.

“Bagaimanapun dalam masa yang sama kita mencadangkan agar pelaksanaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dapat segera dilaksanakan bagi memastikan mereka yang melanggar peraturan menyelesaikan saman atau denda sebelum kembali ke negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari JPJ Malaysia ke-70 Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapa di perkarangan JPJ Kelantan di Panji di sini, Isnin.

Ismail berkata demikian ketika mengulas berhubung arahan MKN agar JPJ menggantung sementara pengeluaran ICP kepada semua van persendirian dari negara jiran seperti Thailand yang membawa pelancong ke Malaysia.


Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad ketika mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang minggu lepas dilaporkan berkata arahan itu dilakukan selepas mendapati pengusaha van persendirian itu menyalahgunakan ICP selain tidak berdaftar sebagai van komersial atau pelancongan.

Dalam pada itu, Ismail berkata sejumlah 1,535 kereta klon dirampas sejak 2014 hingga April tahun ini dengan anggaran ketirisan hasil berjumlah RM76 juta.

Beliau berkata kebanyakan kereta klon yang disita ialah kereta mewah seperti Toyota Wish, Honda, Subaru, BMW dan Mercedes Benz yang dibawa masuk dari Singapura.

“Sehubungan itu, kita akan memperketat penguatkuasaan secara berperingkat membabitkan tiga fasa di sempadan Malaysia-Singapura, diikuti sempadan Malaysia Thailand dan sempadan Malaysia-Indonesia bermula Jun ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori