Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dr M Beri Peringatan...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk...

Negeri Sembilan Tak Naikkan...

SEREMBAN - Tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan dinaikkan bagi 2017...

PH Jangan Lengah Lagi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja ke...

China Negara Pertama Lantik...

KABUL : China menjadi negara pertama yang menamakan duta ke Afghanistan sejak Taliban...

JPN Kedah Sahkan Guru Pukul Pelajar Digantung Tugas

ALOR SETAR – Guru sambilan yang didakwa mencederakan tiga pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga seorang daripadanya retak tulang tangan, telah digantung tugas serta-merta.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kedah (JPN) Datuk Azuyah Hassan berkata keputusan menggantung tugas guru itu dibuat hasil perbincangan antara waris pelajar, sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Pada 6 April lalu, sekolah telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama waris pelajar terlibat dan guru terbabit dan setelah persefahaman dipersetujui, semua waris menerima pemohonan maaf daripada guru itu dan bersetuju menyerahkan kes kepada sekolah untuk diselesaikan.

“Selepas mendapat persetujuan waris, sekolah dan PIBG telah berbincang dan memutuskan menggantung tugas guru sambilan itu sebagai guru al-Quran berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh yang belum dipastikan lagi,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Katanya, waris, sekolah dan JPN telah bersetuju menyelesaikan perkara itu di antara mereka dan akan menyerahkan kes berkenaan sepenuhnya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Azuyah berkata ketiga-tiga pelajar yang cedera dalam kejadian itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumah serta diberikan cuti oleh doktor.

“Dua pelajar yang hanya mengalami cedera ringan di pinggang dan kepala diberi cuti satu dan dua hari manakala pelajar yang retak tulang tangan kanan diberi cuti sebulan.


“JPN telah mengarahkan sekolah untuk memastikan keperluan dan kebajikan pelajar terlibat selain turut menyediakan sesi kaunseling secara berkala kepada mereka bagi mengembalikan semangat untuk terus bersekolah,” katanya.

Dalam kejadian 4 April lalu, ketiga-tiga pelajar telah dipanggil guru itu ke dewan makan sekolah untuk mengaji al-Quran dan semasa mereka mengambil tempat di kerusi berdekatan dengannya, guru berkenaan secara tiba-tiba membaling kerusi plastik ke arah pelajar terbabit sehingga menyebabkan kecederaan.

Guru Terlibat Kes Pukul Pelajar Ditamatkan Perkhidmatan

Dalam pada itu, Mynewshub semalam telah menyiarkan berita tentang tindakan Kementerian Pendidikan menamatkan perkhidmatan guru sambilan terbabit.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan dilaporkan berkata, “Guru itu telah ditamatkan perkhidmatan serta merta, guru itu guru sambilan dan memandangkan satu laporan polis telah dibuat, kita akan menunggu (hasil siasatan) laporan polis”. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori