Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

“Netizen Yang Kecam Tiada...

SEMALAM, pelakon terkenal tanah air, Datuk Farid Kamil dan Datuk Aaron Aziz telah...

Hukuman Rotan Di Sekolah...

KOTA KINABALU - Hukuman rotan di sekolah masih relevan bagi tujuan mendidik dan...

Lelaki Ini Mati Kerana...

MARANG - Seorang lelaki ditemui mati dalam kejadian di belakang sebuah rumah di...

Murid Islam Diarah Rai...

BIADAB... Ramai kesal apabila pihak pengurusan sebuah sekolah di Cyberjaya, Selangor buat acara...

Jumlah Mendaftar Dengan Tabung Haji Terus Meningkat

BALING – Jumlah mereka yang mendaftar untuk menunaikan haji terus bertambah walaupun terdapat agenda bagi ‘mematikan’ Lembaga Tabung Haji (TH) melalui pelbagai fitnah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil berkata pertambahan jumlah itu didorong keyakinan orang ramai berikutan kemampuan TH untuk membayar dividen dan bonus, sekali gus indikator ini menunjukkan TH tiada masalah kewangan.

TH pada Februari lalu mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015 merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus.

Pertambahan jumlah mereka yang mendaftar haji juga katanya memaksa TH untuk melanjutkan tempoh menunggu kepada 82 tahun berbanding 60 hingga 70 tahun sebelum ini.

“Hari ini berdasarkan maklumat semalam, tempoh menunggu TH ialah 82 tahun…Maknanya ramai sangat (yang mendaftar haji). Mereka hilang rasa ragu-ragu apabila kami dah boleh umumkan dividen dan bonus.

Jamil berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah dan Peletakan Batu Asas Masjid Daerah Baling di sini hari ini. Turut hadir Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Tabung Haji.


Jelas beliau, isu TH kononnya cuba menyembunyikan sesuatu daripada pendepositnya sepatutnya tidak timbul dan hanyalah kreativiti pemfitnah TH semata-mata, memandangkan wang TH diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta dibentangkan dalam parlimen setiap tahun.

Justeru beliau menasihatkan pendeposit TH agar tidak mudah percaya kepada fitnah yang dilemparkan terhadap TH, serta merujuk kepada TH sekiranya ragu-ragu berkenaan sesuatu perkara.

Dalam pada itu Abdul Azeez berkata pembinaan masjid bernilai RM10 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu adalah bagi memenuhi manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya masjid tersebut mampu menampung 2,500 jemaah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori