Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wajah Lelaki Suspek Kelar...

KES pembunuhan menyayat hati Nursyuhada Johari,19, yang dikelar oleh kenalan lelakinya amat memilukan hati...

6 Kesan Tikaman Ditemui...

KOTA BHARU - Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang...

Apabila Pertama Kali Lesbian...

APA berlaku apabila sepasang kekasih lesbian memegang alat sulit lelaki? Rupanya ia menjadi...

Lawak… Bila Si Pengugut...

Kadang-kadang, orang yang suka mengugut ni bukannya berani sangat.Sebagai contoh, screenshot perbualan mesej...

Junta Thai Takut Mangkuk Merah Thaksin

Bangkok – Pihak berkuasa Thai merampas hampir 6,000 mangkuk merah yang tertera mesej daripada seorang bekas perdana menteri.

Tindakan itu adalah usaha terbaru junta untuk menyekat kemunculan semula parti politik yang digulingkannya.

Rampasan berkenaan dilakukan berikutan penahanan seorang wanita minggu lalu yang dilihat dengan mangkuk berkenaan dalam gambar yang dimuat naik di media sosial.

Wanita itu kini berdepan dengan tuduhan menghasut, langkah yang dianggap kumpulan hak asasi manusia sebagai mengarut.

Mangkuk plastik yang digunakan untuk menuang air pada patung Buddha sempena sambutan tahun baru Siam kelak mempunyai nota yang ditandatangani bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.


Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa 2006 dan kini hidup dalam buangan, sementara kerajaan adiknya, Yingluck, digulingkan pada 2014 oleh junta yang memerintah Thai ketika ini.

Mesej pada mangkuk itu berbunyi: “Keadaan mungkin panas, tetapi saudara saya mungkin dapat disejukkan dengan air di dalam mangkuk ini.”

Polis dan askar merampas 5,800 mangkuk air itu di rumah seorang bekas anggota Parlimen Parti Puea Thai di Nan, wilayah di utara negara itu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori