Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Alami Tekanan Perasaan, Wanita...

SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di...

Petani Muda Digalak Anggotai...

PEKAN - Golongan petani muda digalakkan mendaftar dengan Pertubuhan Peladang di kawasan masing-masing...

Promosi Hebat! Tawan Taiwan...

HI everyone! Ingin melancong? Inginkan percutian bersama keluarga yang santai? Tak tahu destinasi...

Pekerja Kilang Mempunyai 3...

BUTTERWORTH - Seorang pekerja kilang yang mempunyai rekod jenayah cedera ditembak seorang lelaki...

Jutawan UAE Mahu Beli Liverpool FC RM3.9 Bilion

LONDON – Liverpool Football Club (FC) antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbaharu disenaraikan dalam radar pertimbangan jutawan Asia Barat yang mahu mengambil alih kelab itu pada harga £700 juta (RM3.9 bilion).

Kelab berpusat di Merseyside, England ditubuhkan pada 1892 itu sebenarnya sudah pun cukup stabil di bawah pemiliknya sekarang, John W. Henry dan syarikat pelaburan sukan dari Amerika Syarikat, Fenway Sports Group.

Namun seorang pembida misteri yang dikatakan berasal dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Sultan Al Nahyan yang juga pemerintah atau Emir Abu Dhabi, yakin dapat menyempurnakan pembelian tersebut.

Beberapa buah kelab gergasi di benua Eropah sudah pun berjaya diambil alih pemilik-pemilik dari Arab, antaranya Manchester City FC yang dimiliki Sheikh Mansour, 45; iaitu kerabat diraja Abu Dhabi dan adinda Sheikh Khalifa.

Dilaporkan Sheikh Khalifa yang berusia 68 tahun dan kini memegang jawatan Presiden UAE sejak akhir 2004; mempunyai aset bernilai lebih £30 bilion (RM166.9 bilion) dikatakan individu yang berminat membeli Liverpool.

Liverpool-FC-Stadium_5
Pemandangan dari udara Stadium Anfield milik Liverpool FC. – Gambar hiasan

The Reds dinilaikan sekitar £650 juta (RM3.6 bilion) selepas Fenway Sports membeli kelab berkenaan daripada pemilik sebelumnya, Tom Hicks dan George N Gillett, dengan harga £300 juta (RM1.7 bilion) pada 2010 lalu.

“Secara kebetulan memang tidak ada pun peraturan dalam EPL yang melarang mana-mana ahli keluarga untuk memiliki kelab berbeza,” kata seorang jurucakap liga tersebut dan enggan dikenali kepada pihak media tempatan.


Sejak ditubuhkan, Liverpool FC pernah memenangi lima kali Piala Eropah, tiga kali Piala UEFA, tiga kali Piala UEFA Super, 18 kali juara EPL, tujuh kali Piala FA, lapan kali Piala Liga dan 15 kali Piala Perisai Komuniti FA.

Kelab elit Britain ini mempunyai pendapatan tahunan kasar kira-kira 306 juta euro (RM1.3 bilion) dan dianggap sebagai pasukan bola sepak yang kelapan paling bernilai di dunia iaitu sebanyak AS$982 juta (RM3.8 bilion).

Kekayaan kerabat Asia Barat bukan isu baharu, malah pernah almarhum Raja Arab Saudi sendiri, Raja Abdullah memberi sumbangan peribadi 1.9 bilion riyal (RM2 bilion) kepada pemimpin terkenal Malaysia pada 2013 lalu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Tun M Jadi Bodoh Hina Tok Arab Bodoh Derma RM2b

Juga: Tun M Kisah Derma Gila Si Tok Arab Bodoh Kedekut

Lagi: Makin Biadap! DAP Hina Almarhum Raja Arab Saudi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori