Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Maut Pesawat Berlanggar...

LANCASTER, NEW YORK - Dua orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila dua pesawat...

Gabenor Bank Negara Akan...

TOKYO – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata orang yang akan menggantikan Tan Sri...

Miskin Tegar Boleh Beli...

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) boleh membuat pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai...

Menteri Pendidikan Akan Jumpa...

SUNGAI BAKAP - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalannya, Wong Kah Woh akan...

Kafe Fakulti Mass Comm Uitm Terbakar

KAFETERIA Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilapor terbakar selepas dapur di salah satu gerai di kafe tersebut terbakar pagi tadi.

Memetik Berita Harian, kejadian dipercayai berlaku jam 8 pagi itu, menyebabkan orang ramai yang sedang bersarapan bergegas keluar selepas asap tebal memenuhi ruang kafe.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, kebakaran itu bermula di gerai yang menjual kuih muih namun tidak sempat merebak selepas sistem pemercik api terpasang.

Pekerja kafe turut menggunakan hos pemadam api untuk memadamkan kebakaran.


“Api sudah dipadamkan ketika anggota tiba dan mereka kemudian menjalankan kerja pemeriksaan bagi memadamkan bara yang masih ada,” katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori