Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mangsa Kebakaran Uptown Dapat...

SHAH ALAM - Sebanyak 136 peniaga di Uptown Shah Alam yang terjejas akibat...

Tiada Kaitan Letupan Bom...

BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan serangan bom...

NGO Minta Jakim Pantau...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menggesa pihak berkuasa `turun padang'...

Kelantan, Pusat Sekata Isu...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju dengan dasar-dasar dilakukan kerajaan negeri...

Kak Engku Jadi Usahawan Burger, Masih Rindu Kerja Radio

BEKAS penyampai terkenal stesen radio Sinar FM, Raja Azura, 43; kini mengorak langkah menceburi bidang keusahawanan pula.

Kak Engku atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin telah ‘bersara’ dari dunia penyampaian radio dan giat mengendalikan restoran francais Burgerbyte di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

12797638_878558942257072_2112158003_n

Pengacara program Kilauan Emas Otai ini, mengakui sudah lama berhajat bergelar usahawan namun terpaksa ditunda disebabkan kerjayanya sebagai penyampai.

“Memang sudah lama hajat tersebut terpaksa ditunda disebabkan kerjaya saya sebagai penyampai.

“Menariknya di restoran itu nanti, selain menu sedia ada, akan ada juga menu masakan saya sendiri yang tidak ada di cawangan Burgerbyte di tempat lain,” ujar Kak Engku kepada sebuah portal.

Burgerbyte merupakan sebuah restoran tempatan yang telah berjaya membuka cawangan di beberapa tempat di seluruh Malaysia antaranya Senawang, Damansara Perdana, Sentul dan beberapa lagi.

Namun menurut Kak Engku, dia turut berasa pedih kerana tidak lagi mengendalikan segmen Sinar Pagi bersama-sama penyampai Salih Yaakob dan Krill setelah diganti penyampai baharu daripada kumpulan Sepahtu susulan ditamatkan kontraknya.

“Bukan senang untuk melupakan kerjaya di Sinar FM, begitu juga saya. Selama sepuluh tahun bersama, banyak pahit manis telah kami jalani.


“Sebelum ini, kerjaya di stesen radio tersebut merupakan segala-galanya. Saya beri apa yang saya ada untuk membangunkan stesen radio tersebut.

“Boleh saya katakan, saya hidup untuk menghiburkan pendengar yang setiap pagi setia mendengar celoteh kami bertiga. Apabila tidak lagi bersama, memang sukar untuk saya terima kenyataan. Semua akan kembali normal, mungkin untuk saya ia belum sembuh lagi,” katanya.

12568755_1580493322274816_2140594152_n

12328208_1669406860018556_1562646611_n

Tambah wanita ini lagi, dia kini sedang fokuskan diri dalam bidang pengacaraan bagi program realiti Kilauan Emas Otai dan akan lebih kerap muncul di kaca televisyen. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori