Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suspek 60 Tahun Ditahan...

KOTA KINABALU - Seorang suspek lelaki berusia 60 tahun ditangkap di Kampung Pantau-Pantau,...

Malas Gosok, Kurang Susu,...

PENJAGAAN gigi perlu diutamakan lebih-lebih lagi sejak peringkat kanak-kanak lagi supaya tidak memudaratkan...

Peperiksaan Dalam Talian Bagi...

BATU PAHAT - Peperiksaan secara dalam talian bagi penjawat awam merupakan kaedah terbaik...

Vietnam Masih Siasat Pasport...

HANOI - Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu...

Staf Rayani Air Adakan Sidang Media Tuntut Gaji

SERAMAI 416 kakitangan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air mengadakan sidang media berdekatan ibu pejabat Rayani Air bagi menuntut gaji yang dijanjikan oleh pihak pengurusan, hari ini.

Kakitangan tersebut menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Ravi Alagendran dan isteri, Karthiyani Govindan menjelaskan bayaran gaji mereka yang tertunggak pada 28 Mac lalu sebelum Selasa depan.

Wakil kakitangan Zulkalnain Azdan berkata, beberapa tarikh telah dijanjikan oleh pihak pengurusan sebelum ini namun tidak ditunaikan.

Kakitangan Rayani Air
Zulkalnain Azdan

“Pihak pengurusan telah menjanjikan beberapa tarikh pembayaran gaji kepada kami.

“Antaranya 28 Mac, 2 April, 5 April, 7 April, 11 April dan beberapa tarikh lagi namun sehingga kini kami belum memperoleh sebarang jawapan,” katanya.

Tambah Zulkalnain, selain isu gaji terdapat beberapa penipuan lain melibatkan kakitangan Rayani Air termasuk  berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang telah diselewengkan sejak pertama kali mereka menyertai syarikat tersebut pada September tahun lalu.

Berikutan itu laporan polis telah pun dibuat.

Seorang peguam turut dilantik bagi menjalankan proses tuntutan undang-undang sekiranya gaji kakitangan Rayani Air tidak dapat dijelaskan seperti yang diminta iaitu pada Selasa depan.


DSC08659

DSC08674

DSC08678

Sebelum ini kegagalan Rayani Air melunaskan bayaran‎ gaji kakitangannya pada waktu yang ditetapkan juga, menyebabkan sebilangan pekerja enggan meneruskan tugas seperti biasa.

Kesannya operasi Rayani Air menjadi lumpuh, kehilangan pelabur luar negara dan menerima notis tiga bulan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).  – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori