Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sebab Telefon Bimbit, Lelaki...

CHINA – Keadaan di sebuah stesen keretapi bawah tanah menjadi kecoh apabila seorang...

3 Penjenayah Warga Asing...

TIGA penjenayah warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan...

Pemerkasaan Undang-Undang Syariah Agenda...

KUALA LUMPUR - Pemerkasaan perundangan dan institusi Mahkamah Syariah antara agenda yang turut...

Rosmah Fail Rayuan Terhadap...

KUALA LUMPUR: Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini memfailkan...

Kanada Hadapi Krisis Orang Asli Bunuh Diri

OTTAWA – Sekurang-kurangnya 11 orang penduduk sebuah perkampungan terpencil Orang Asli di sini cuba membunuh diri bulan ini, memaksa kerajaan mengerah sepasukan pakar perubatan psikiatri, kata pegawai kerajaan Kanada.

Pasukan itu dijangka tiba beberapa hari lagi di Attawapiskat, sebuah komuniti dengan 2,000 penduduk di pesisir pantai James Bay dekat wilayah Ontario utara.

Menteri Kesihatan, Jane Philpott berkata, Ottawa sedang memberi maklum balas kecemasan bagi menangani keperluan segera rakyat dan memastikan sumber kesihatan mental dapat diakses dengan berkesan.

Ketua kaum Attawapiskat, Bruce Shisheesh dipetik oleh penyiar awam Kanada sebagai berkata, setakat ini kira-kira 100 cubaan bunuh diri mereka yang berumur antara 11 hingga 71 tahun dilaporkan di bandar itu sejak enam bulan lalu.

Katanya, kadar cubaan bunuh diri meningkat sejak awal April, dengan 11 cubaan dilaporkan dalam tempoh sembilan hari pertama bulan ini.


Kemiskinan dan desakan hidup yang lazim dalam masyarakat Orang Asli membawa kepada penderaan, bunuh diri dan jenayah.

Kerajaan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berikrar untuk mengubah keadaan itu dengan menyalurkan AS$8.4 bilion (RM32.6 bilion) dalam bajet bulan lalu untuk pendidikan, perumahan dan lain-lain keperluan masyarakat pribumi untuk tempoh lima tahun. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori