Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Che Ta Beri ‘Warning’...

NAMPAKNYA pelakon jelita, Rozita Che Wan dilihat semakin mengorak langkah dalam dunia media...

Hanya 5 Hari Kemas...

IPOH - Kerajaan Perak melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) menubuhkan Skuad Up2date bagi...

Ahmad Bashah Selesai Jalani...

GEORGETOWN - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selesai menjalani...

Persenda Islam: Perbicaraan Ke...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan ke atas Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog...

Kanak-Kanak Desa Teroka Dunia Teknologi Maklumat Di Kidzania

PETALING JAYA – Dalam usaha mengurangkan jurang digital antara kanak-kanak bandar dan luar bandar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini membawa lebih 200 kanak-kanak meneroka dunia teknologi maklumat melalui satu pendekatan baharu.

Kanak-kanak dari 12 Pusat Internet 1Malaysia luar bandar itu diberi peluang merasai sesi pembelajaran lebih realistik di pusat pendidikan dan hiburan KidZania Kuala Lumpur, di sini.

Pengarah Kanan Jabatan Advokasi dan Jangkauan SKMM, Eneng Faridah Iskandar berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bagi menggalakkan kanak-kanak menyelami pilihan kerjaya terutama dalam bidang teknologi maklumat.

“Kita harap melalui pendekatan ini, mereka rasa lebih berinspirasi memilih bidang teknologi maklumat sebagai kerjaya pada masa depan.

“Pengalaman kanak-kanak ini ‘bekerja” di kedai replika syarikat telekomunikasi seperti TM Communication Centre, Mobile Phone Zone, stesen Radio dan TV studio dapat memberi pendedahan dan menanam minat terhadap bidang itu,” katanya kepada Bernama.


Eneng Faridah berkata program itu juga bertujuan memberi kesedaran tentang keselamatan internet melalui ceramah oleh pasukan Klik Dengan Bijak dari SKMM.

Jelasnya kanak-kanak perlu diberi pendedahan tentang perkara yang perlu diketahui dalam mengendalikan dunia internet memandangkan golongan itu turut terdedah dengan bahaya internet seperti ancaman buli siber.

Program komuniti sehari itu disertai 216 kanak-kanak dari 12 kawasan termasuk dari tiga kawasan Felda di Hulu Selangor – Felda Soeharto, Felda Sungai Tengi dan Felda Gedangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori