Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Citrawarna@Kuala Lumpur Berlangsung Penuh...

KUALA LUMPUR - Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 berlangsung penuh warna-warni di Dataran Merdeka malam...

PM Teruskan Dasar Adenan...

KUCHING - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan meneruskan dasar Allahyarham...

Azwan Ali Dakwa Artis...

SELEBRITI yang sering mencetuskan kontroversi, Azwan Ali mendedahkan dirinya disihir seorang artis berperwatakan...

Pantau Pelawat Dari Brazil...

KUALA LUMPUR - Malaysia melaksanakan pemantauan ke atas individu-individu yang tiba di Malaysia...

Kanak-Kanak OKU Dipercayai Dilarikan Wanita Indonesia Ditemui

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai dilarikan seorang wanita warga Indonesia di SS19, Subang Jaya, ditemui semula di Jalan Pantai Baharu dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata kanak-kanak itu ditemui dengan bantuan ahli kariah Masjid Ar-Rahman selepas lebih 16 jam dilaporkan hilang.

“Suspek juga telah ditahan semasa bersama-sama kanak-kanak itu berdekatan kawasan masjid pada 9.30 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu disedari hilang oleh kakaknya kira-kira 5 pagi tadi.

Sebelum itu, suspek yang dikenali dengan nama Azizah berusia lingkungan 20-an dan mendakwa berasal dari Sumatera, Indonesia, dibawa ke rumah mangsa untuk sementara waktu selepas bapa mangsa terjumpa suspek berseorangan di hentian bas berhadapan pusat beli-belah Subang Parade.


Bagaimanapun, bapa mangsa yang sebelum itu berjanji untuk membawa suspek ke Kedutaan Besar Indonesia mendapati suspek hilang bersama mangsa.

Berita kehilangan mangsa menjadi viral dan bualan netizen di laman sosial Facebook apabila ibu saudaranya memuat naik gambar mangsa serta status mengenai kehilangannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori