Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zionis Hanya Reka Cerita...

GAZA CITY: Hamas berkata Israel cuba menjaja kemajuan ilusi di Gaza sebagai sebahagian...

Lee Chong Wei Juara...

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan Kejohanan Badminton...

Padah ‘Rem’ Ekzos Bising,...

HULU SELANGOR - Tindakan sekumpulan remaja menjadikan sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja,...

Liga Malaysia Perlu Pengurusan...

KUALA LUMPUR - Liga Malaysia memerlukan pengurusan yang sistematik manakala setiap pasukan bertading...

Karisma Kapoor, Sunjay Kapur Akhirnya Bercerai

PELAKON ternama Bollywood, Karisma Kapoor dan suaminya, Sunjay Kapur akhirnya bersetuju untuk menamatkan persengketaan mereka sekali gus bercerai setelah mencapai persetujuan.

karisma-3-150116

aurora2i_large karisma-kapoor_1452857176

Persetujuan itu dibuat di Mahkamah Agung India selepas masing-masing mencapai persefahaman berhubung aspek kewangan.

Karisma juga mendapat hak jagaan dua cahaya mata mereka, Samaira dan Kiaan.

Sementara itu, Karisma yang juga merupakan kakak pelakon, Kareena Kapoor telah menarik balik kes keganasan rumah tangga yang pernah difailkan terhadap suaminya berikutan telah mendapat kesepakatan.


Karisma mendirikan rumah tangga dengan Sunjay yang merupakan seorang usahawan pada tahun 2003.

Rumah tangga pasangan ini dilaporkan retak menanti belah sejak tahun 2014 apabila masing-masing sudah tidak sefahaman dan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Antaranya, Sunjay mendakwa Karisma berkahwin dengan kerana wang dan tidak benar-benar mencintainya. Manakala, Karisma menuduh suaminya berlaku curang.

Susulan itu, mahkamah meminta pasangan itu menyelesaikan perbalahan mereka secara baik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori