Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Mahu Wee, Annuar...

KUALA LUMPUR - Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

Terapi Ala Pocong Makin...

TOKYO - Anda sanggup membalutkan diri anda sendiri dalam kain putih yang diikat...

ARC Ziarah Anak Yatim...

SUARA perjuangan dan pembelaan daripada umat Islam khasnya dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap...

Kieran Sertai Sinar FM...

KUALA LUMPUR - Persoalan kehilangan bekas deejay Hot FM iaitu Kieran yang meninggalkan...

Karl Shafiek Cedera Lutut Bertumbuk Di Teater Ombak Rindu

“Tuhan saja yang tahu sakitnya macam mana. Cedera sewaktu scene bertumbuk dalam Teater Ombak Rindu. Tolong aku Ya Allah, esok lusa nak beraksi lagi,” itulah kapsyen yang dimuat naik oleh Karl Shafiek di laman Instagramnya.

Karl Shafiek Cedera Lutut Bertumbuk Di Teater Ombak Rindu

Seperti sedia maklum, Karl Shafiek antara barisan pelakon yang membintangi Teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung di samping Keith Foo dan Uqasha Senrose.

Sebuah portal hiburan yang menghubungi Karl Shafiek bagi mendapatkan berita di sebalik kapsyen yang ditulisnya itu.

Jelas pelakon itu, dia hanya mengalami cedera ringan dan tiada keretakan yang berlaku setelah mendapatkan rawatan di hospital Prince Court Medical Centre.

Insiden itu berlaku sewaktu menjayakan aksi bertumbuk dengan Keith Foo namun lutut mereka pula yang berlaga.


Karl Shafiek Cedera Lutut Bertumbuk Di Teater Ombak Rindu

“Semalam risau juga sebab saya tak boleh berdiri lepas habis scene itu, nasib baik itu last scene saya untuk pementasan semalam. Bila berdiri saja saya akan jatuh sendiri. Sebenarnya saya bukan kena tumbuk, cuma berlaga lutut dengan Keith Foo sewaktu aksi bertumbuk dengan dia.”

Walau bagaimanapun, Karl Shafiek dibenarkan keluar dari wad kecemasan dan masih menjalani istirehat sebelum kembali meneruskan lakonan di pentas Teater Ombak Rindu yang sedang ditayangkan di Istana Budaya.

Kami doakan semoga Karl Shafiek cepat sembuh dan kembali beraksi seperti sedia kala. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori