Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Henti Sebar Khabar Angin...

KUALA PILAH - Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan khabar angin yang tidak...

Didenda RM300 Cederakan Bekas...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan bekas tunang sehingga luka di kening, seorang jurujual...

Polis Tahan Lelaki Terlibat...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan...

N.Sembilan Dapat SUK, Pegawai...

KETUA Kluster Pengajian Etika Profesional dan Integriti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr....

Kasih Sayang Bapa Sedarkan Budak Daripada Koma 4 Bulan

BEIJING – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun di China akhirnya sedar daripada koma selama empat bulan setelah terjatuh daripada bangunan 10 tingkat pada Disember tahun lepas.

Ruirui, yang berasal dari Chongqing bagaimanapun masih belum boleh bercakap atau berjalan.

Keadaannya itu disifatkan oleh doktor sebagai satu keajaiban dan salah satu faktor yang membantu Ruirui sedar adalah kerana kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapanya.

Lelaki itu telah merakamkan suara seluruh anggota keluarga dan kawan-kawan sekolah Ruirui, lalu memainkan rakaman itu ke telinganya.

Malah sebelum sedar dari koma, air mata Ruirui akan mengalir apabila rakaman itu dimainkan.

Ruirui terjatuh dari tingkap 10 bangunan pangsapuri rumahnya ketika cuba mengambil kain yang disidai di luar rumah.


Ketika itu dia mahu ke sekolah. Dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan berlumuran darah. Doktor berjaya menyelamatkannya selepas 13 jam pembedahan.

Menurut doktor, kebiasaannya harapan untuk hidup adalah tipis apabila terjatuh daripada ketinggian berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori