Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PBT Melaka Bantu Kekang...

MELAKA - Kerajaan negeri menawarkan bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membantu Kementerian...

PRU15: UMNO Tuntut Kerusi...

ALOR SETAR : UMNO Bahagian Merbok menuntut agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

2 Tahanan Lolos Ketika...

KUCHING - Dua tahanan bertindak melepaskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di...

Banjir Di Tenom Surut,...

BEAUFORT - Tiga kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di Sungai...

Kebakaran Tanah Gambut Sungai Ular Padam Sepenuhnya Hari Ini

KUANTAN – Kebakaran kawasan tanah gambut seluas 68 hektar berhampiran Sungai Ular di sini sejak 10 hari lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata lebih 20 anggota termasuk pegawai telah memadamkan sepenuhnya kebakaran itu dalam operasi pada jam 3 petang tadi.

“Semalam kita lihat sudah tidak ada api baharu yang merebak, jadi tugas memadam baki kebakaran itu berjaya dilakukan dengan lebih pantas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Katanya walaupun kebakaran telah berjaya dipadam sepenuhnya, pemantauan tetap dilakukan dari semasa ke semasa.

Kejadian itu dikesan sejak sejak 6 April lepas dipercayai berpunca daripada kecuaian manusia ditambah dengan keadaan cuaca panas melampau akibat fenomena El-Nino.


Operasi pemadaman itu sebelum ini turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan melakukan pengeboman air dari udara di kawasan berkenaan menggunakan pesawat Bombadier CL 415 MP. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori