Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Isu Air Selangor: Bekas...

KUALA LUMPUR - “Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini”.Itu reaksi...

Fara Fauzana, Maza Juri...

KUALA LUMPUR - Personaliti radio, Fara Fauzana meletakkan dirinya sebagai penonton untuk menilai...

Berkelakuan Baik, Ameng Akan...

SETELAH lima tahun dipenjarakan atas kesalahan dadah, vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama...

Tiada Serangan Perisian Tebusan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata tiada serangan perisian tebusan...

Kedah Lancar Barakah Bantu Keluarga Miskin

SUNGAI PETANI – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini melancarkan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) bagi meringankan beban keluarga miskin dalam menangani peningkatan kos sara hidup di negeri ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM2 juta yang diagihkan kepada 20,000 keluarga penoreh getah dan keluarga miskin di kesemua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Barakah, yang menyelaraskan sumbangan dan bantuan rakyat Kedah, disalurkan kepada golongan sasar menerusi lima komponennya – Barakah Insan, Barakah Kemasyarakatan, Barakah Usahaniaga, Barakah Anak Muda serta Barakah Pendidikan dan Modal Insan.

“Sumbangan hari ini, Barakah Insan, diharap dapat membantu meringankan beban keluarga khususnya di kawasan luar bandar yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya semasa berucap melancarkan Barakah di pekarangan bangunan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini.


Ahmad Bashah turut menekankan supaya aspek pemuafakatan dititikberatkan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini dalam usaha membawa lebih banyak kejayaan dan perubahan di Kedah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori