Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiga Remaja Maut Berlanggar...

KUALA LUMPUR - Tiga remaja maut manakala dua lagi rakan mereka cedera apabila...

Operasi Menggali Kubur Sindiket...

WANG KELIAN - Operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia...

Pergaduhan Di Ipoh Tiada...

IPOH - Polis menafikan rakaman video yang tular di laman sosial berhubung pergaduhan...

Uncle Kentang Mahu Wujudkan...

SEMENYIH - Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Keith Foo Idam Dua Cahaya Mata Serikan Rumah Tangga

PELAKON sasa Keith Foo mengimpikan dua cahaya mata bagi menyerikan lagi perkahwinannya yang telah terbina hampir dua tahun lalu.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada Disember 2014 selepas beberapa tahun menyulam cinta sebelum itu.

“Saya inginkan dua cahaya mata tapi kalau dapat ramai pun saya bersyukur.

“Saya berharap isteri hamil, kalau dia hamil saya sangat bersyukur. Kalau belum, mungkin belum ada rezeki lagi,” ujarnya ketika ditemui Mynewshub, baru-baru ini.

Selain itu, Keith juga mendedahkan dia selesa melantik isterinya sebagai pengurus yang merencanakan aktiviti seninya kerana ia lebih memudahkan komunikasi di antara satu sama lain.

“Saya rasa lebih selesa, lebih senang bekerjasama dengan isteri sendiri.

“Kalau gaduh pun gaduh sesama sendiri, berdebat pun berdebat dengan dia pasal kerja, saya rasa itu bagus (isteri jadi pengurus).

“Kalau dengan orang lain kadang-kadang kita ada rasa segan untuk beritahu itu ini.

“Dengan isteri, senang nak komunikasi antara satu sama lain,” ujar pelakon berusia 33 tahun itu.


Sementara itu, dalam perkembangan kariernya, Keith bakal membuat kemunculan pertama dalam teater Ombak Rindu bergandingan dengan Uqasha Senrose.

Ketika ditanya mengenai persiapannya untuk Ombak Rindu, Keith berkata, “awal-awal saya sendiri meragui diri saya sendiri (untuk melakonkan watak Hariz). Saya tak yakin, gemuruh.”

“Apa yang saya fikirkan straight away, saya fikirkan panggung yang besar tapi saya fikir dah tiada masa dah nak jadi nervous ke, takut ke. Kalau saya tak ambil langkah pertama sampai bila saya tak akan dapat pengalaman berlakon naskhah teater,” ujarnya lagi.

Teater Ombak Rindu bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 22 April hingga 1 Mei ini turut dibintangi Uqasha Senrose, Nonny Nadirah, Zarina Zainoordin, Zaidi Omar, Izzue Islam, Ameer Rais dan Ariz Forteen.

Ombak Rindu diterbitkan Siti Rohayah Attan atau lebih dikenali sebagai Kak Roy dan diarahkan oleh A. Aris Kadir. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori