Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Najib Mohon Buat PhD...

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam proses memohon...

Polis N.Sembilan Tumpaskan Kongsi...

SEREMBAN - Polis menumpaskan 'Geng 36' ekoran penangkapan 34 anggota kumpulan kongsi gelap...

Abu Sayyaf Muat Naik...

KOTA KINABALU - Gambar empat warga Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf dipercayai...

1,000 Bantah Donald Trump,...

ZURICH - Lebih seribu orang penunjuk perasaan berhimpun di sini membantah rancangan Presiden...

Kelantan Catat Suhu Tertinggi 38.9 Darjah Celcius Hari Ini

KOTA BHARU – Kelantan hari ini mencatat suhu tertinggi 38.9 darjah celsius dalam tempoh empat bulan, sejak fenomena El Nino melanda negara ini, Januari lepas.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata suhu hampir sama turut direkodkan semalam, dengan bacaan 38 darjah celsius.

“Ia rekod suhu tertinggi di Kelantan setakat ini selepas berlaku fenomena El Nino. Suhu ini boleh mendedahkan manusia kepada strok haba jika berlarutan sehingga lima hari,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Maqrum Fadzli berkata bacaan itu direkodkan di jajahan Kuala Krai pada 2.24 petang tadi, manakala suhu di jajahan Kota Baharu adalah 33.4 darjah celsius pada 11.55 pagi ini.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan berdepan risiko dehidrasi atau strok haba.


Katanya masyarakat juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminum lebih banyak air kosong dan mengelak melakukan aktiviti luar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori