Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Pemandu Bas Bawa...

BUKAN sekali dua kita dengar aduan perihal pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan...

Gagal Acara Pecut, Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang menyifatkan kegagalan mendapat tiket acara...

Tawan 7 Puncak Dunia...

SEPANG - Pendaki solo, Khairil Aslan Ab Rashid yang menawan tiga puncak di...

Kubu Bawah Tanah Terbesar...

SINGAPURA - Orang ramai kini boleh mengunjungi sebuah kubu bawah tanah zaman Perang...

Kelantan Masih Diancam Penyakit Tibi

PASIR PUTEH – Penduduk Kelantan masih diancam penyakit tibi apabila sejumlah 1,233 kes dengan 93 kematian direkodkan sepanjang tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata walaupun jumlah kes penghidap penyakit itu menurun sebanyak 133 kes berbanding 1,366 kes pada 2014, kadarnya boleh meningkat kembali jika rakyat tidak mengambil peduli tentang langkah pencegahannya.

“Ini kerana terdapat 47 pesakit tibi berhenti memakan ubat sebelum disahkan sembuh oleh doktor sepanjang tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata pesakit yang enggan mendapatkan rawatan lanjut di hospital boleh menyebabkan penyakit itu menjangkiti orang lain menerusi pelbagai kaedah terutama pernafasan ketika berada di khalayak ramai.

Pada 2014, katanya tujuh kematian dilaporkan akibat penyakit berkenaan di negeri ini.

“Lebih berisiko jika pegawai-pegawai kesihatan gagal mengesan kes-kes tibi berjangkit dalam kalangan komuniti yang tidak mendapat rawatan dengan cepat dan sempurna,” katanya.


Beliau berkata penyakit itu juga boleh berjangkit menerusi pesakit HIV, kencing manis serta buah pinggang selain perokok, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan penghuni penjara.

Katanya pesakit tibi boleh sembuh dengan sepenuhnya jika mendapat rawatan berkala dalam tempoh enam bulan.

Sementara itu, Dr Ahmad Razin mahu pegawai-pegawai kesihatan di negeri itu menjadi model gaya hidup sihat kepada masyarakat.

Antaranya melalui aktiviti bersenam, mengekalkan berat badan seimbang dan tidak merokok, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tibi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori