Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemilik Syarikat Pakaian Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat pakaian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini...

Video Dua Tahun Lalu,...

BULAN Ramadan tahun ini benar-benar menguji diri pelakon yang kini sedang hangat diperkatakan...

Tun M Kian Terdesak...

PUTRAJAYA  - Tindakan terkini yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad apabila bertindak menyaman...

Penerangan Mengenai TPPA Dipergiat,...

KOTA BHARU - Penerangan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada rakyat akan diperhebatkan...

Prestasi ‘Yo-Yo’, Kelantan Mungkin Tukar Pemain Import

KUALA LUMPUR – Pasukan Kelantan mungkin akan menggantikan beberapa pemain importnya bagi memantapkan lagi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, PQPTRW antara tiga pasukan terbanyak menjaringkan gol dengan 17 gol tetapi mudah dibolosi.

“Mungkin kita perlukan dua pemain import bermain di barisan pertahanan dan satu `striker’ mungkin perlu ditukar. Foreign phobia!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Vida semalam mengancam untuk menarik diri daripada terus menaja Kelantan sekiranya pasukan itu masih mempamerkan prestasi tidak konsisten sehingga tamat pusingan pertama Liga Super 2016 musim ini.

Perkara itu dimaklumkan Dr Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang sudah hilang sabar dengan prestasi yo-yo pasukan PQPTRW yang tiga kali kalah, menang dan seri sepanjang mengharungi sembilan perlawanan.


Jutawan kosmetik itu berkata, keadaan Kelantan tetap sama dengan musim lalu, meskipun pasukan itu sudah menerima suntikan jutaan ringgit daripadanya.

“Saya sudah buntu untuk memikirkan masa depan Kelantan yang ‘indah khabar daripada rupa’,” kata Dr Vida. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori