Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer...

EPL: Chelsea Belasah Ke...

BURNLEY, England - Diego Costa menjaringkan gol hanya selepas 17 minit beraksi untuk...

Nabi Tak Pernah Halau...

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ شِدَّادِ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى...

Boeing Mula Pasang 737...

KUALA LUMPUR - Pekerja Boeing di Renton, Washington, mula membina pesawat perintis 737...

Kelewatan Komuter KTMB Jejas Rutin Harian Pengguna

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terganggu berikutan kerosakan teknikal pagi tadi, pulih sepenuhnya petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat KTMB, Ridhwan Arshad ketika dihubungi Bernama berkata perkhidmatan komuter pulih sepenuhnya kira-kira pukul 4 petang tadi selepas suis yang mengalami kerosakan dibaik pulih dan perjalanan komuter ke semua laluan berjalan lancar seperti biasa.

“Kami akan terus melakukan pemeriksaan terperinci dari semasa ke semasa dan memastikan agar kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Gangguan perkhidmatan hari ini menyebabkan ribuan penumpang terjejas dan terpaksa mencari alternatif lain untuk ke tempat kerja atau destinasi lain.

Ada yang lewat ke kelas, temu janji terpaksa ditangguhkan dan perjalanan rutin harian terganggu apabila perkhidmatan komuter KTMB itu hanya menggunakan satu lorong, sekali gus menyebabkan kelewatan perkhidmatan antara 20 dan 30 minit.

Ridhwan turut menasihatkan pengguna perkhidmatan KTMB supaya segera melaporkan sebarang masalah yang berlaku melibatkan komuter kepada ketua stesen di stesen masing-masing.

Tinjauan Bernama di dua stesen komuter iaitu stesen KL Sentral dan stesen Putra di sini mendapati ada pengguna yang terpaksa membatalkan hasrat menggunakan perkhidmatan itu dan bertukar kepada pengangkutan awam lain seperti teksi dan bas.

Kekecewaan itu dikongsi seorang pengguna di stesen KL Sentral, Lau Hai Wei, 21, yang terpaksa ‘membuang masa’ lebih satu jam hanya untuk menunggu ketibaan komuter sahaja.


Beliau yang mempunyai temu janji bersama rakannya di sebuah pusat beli-belah di sini, terpaksa menunggu komuter selama 45 minit sebelum dapat bergerak dari stesen Bandar Tasik Selatan ke KL Sentral.

Menurut Lau, kebiasaannya perjalanan beliau dari stesen yang sama ke KL Sentral hanya mengambil masa 20 minit tetapi hari ini dirasakan terlalu lama sehingga temu janjinya diubah kepada waktu lain.

“Komuter juga berhenti di atas landasan lebih lima kali dan sepanjang ia berhenti mesti ada pengumuman daripada KTM memberitahu ada gangguan teknikal di stesen Kuala Lumpur,” katanya.

Masalah itu juga menyebabkan seorang pelajar kolej swasta, Marie Ann, 25, terlewat ke kelas dan lebih memburukkan keadaan, hari ini merupakan hari pembentangan tugasan kerjanya.

“Sudah dua jam saya tunggu (komuter) sehingga saya dimarahi penyelia kerana terpaksa menunggu saya lama di kelas,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KTMB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori