Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Naik Sikit...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Harga Barang Dijangka Kembali...

Harga barang yang meningkat kini dijangka kembali stabil pada awal tahun depan setelah...

Raja Muda Perlis Ajak...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengajak rakyat...

Wakil BBC Dibicarakan Di...

BANGKOK - Koresponden BBC Asia Tenggara di Thailand, Jonathan Head yang didakwa melakukan...

Kementerian Luar Bidas Laporan Amerika Syarikat Tiada Asas

22 APRIL – Kementerian Luar membidas laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat tentang menyenaraikan dasar mengutamakan orang Melayu oleh kerajaan Malaysia sebagai antara pelanggaran hak asasi manusia di negara ini.

Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Luar Negeri Putrajaya menjelaskan bahawa laporan yang dikeluarkan adalah berdasarkan maklumat yang tidak berasas dan sebahagian besarnya bergantung pada sumber-sumber yang objektivitinya boleh dipersoalkan.

“Kerajaan Malaysia kesal bahawa dakwaan yang terkandung dalam laporan berkenaan bersifat selektif dalam memberi gambaran yang negatif terhadap Kerajaan Malaysia, serta tidak mengambil kira usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam melindungi hak asasi manusia.

wisma putra“Laporan tidak berasas Amerika Syarikat ini disediakan tanpa melibatkan konsultasi rasmi dengan pihak Kerajaan, walaupun Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai hubungan dua hala yang baik.

“Malangnya, pendekatan berat sebelah yang diambil oleh Amerika Syarikat menolak pemahaman sebenar yang seimbang mengenai fakta-fakta bagi kes serta dakwaan yang dinyatakan dalam laporan berkenaan. Laporan berkenaan juga jelas mencerminkan penilaian Amerika Syarikat yang berat sebelah berhubung perspektif Kerajaan serta mengabaikan komitmen dan usaha Kerajaan Malaysia berkaitan amalan hak asasi manusia di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam laporan berkenaan yang dikeluarkan minggu lalu, menyatakan bagaimana dasar-dasar berasaskan kaum menyumbang kepada jurang perbezaan ekonomi melebar di kalangan masyarakat bumiputera.

Ia juga menamakan pendakwaan ke atas mereka yang tidak sehaluan, penahanan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kes liwat pada Februari 2015 sebagai antara pencabulan hak asasi.


Laporan itu juga menyatakan bahawa terlalu kurang pemantauan berhubung keberkecualian polis, termasuk kematian atau penderaan dalam kes-kes tahanan.

“Amerika Syarikat terus mengabaikan hak kedaulatan Malaysia dalam menentukan hal ehwal dalamannya, yang mengambil kira keadaan sedia ada dan ancaman kepada masyarakatnya serta tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi keselamatan negara.

“Malaysia amat menghargai hubungan dua hala yang progresif dan dinamik dengan Amerika Syarikat dan percaya bahawa hubungan tersebut mampu diperkukuhkan lagi sekiranya Amerika Syarikat memahami dengan jelas isu-isu domestik di Malaysia.

“Jadi, kerajaan Malaysia terus komited dalam memastikan kenikmatan kebebasan hak asasi seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,”tambahnya.

Dalam masa yang sama, Malaysia akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan setiap rakyat menikmati kebebasan hak asasi tanpa menjejaskan hak orang lain atau ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara.- bnbbc.my

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori