Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kanak-kanak Mangsa Lemas Ditemui

AMPANG JAYA: Mayat kanak-kanak lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang...

Perutusan Khas PM Mengenai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menyampaikan perutusan...

Malu Zakar Amat Panjang,...

MIAMI – Seorang remaja Amerika Syarikat berusia 17 tahun menjadi manusia pertama di...

LHDN Galak Bayar Cukai...

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih belum memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan...

Kaki Pemain Golf Negara, Shaaban Terpaksa Dipotong

PEMAIN golf negara, Shaaban Hussin yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Guthrie, Kuala Lumpur pada Khamis lalu terpaksa dipotong kaki kirinya.

Perkara sedih itu disahkan oleh abang pemain tersebut, Mohd. Shawal.

Mohd Shawal 38, abang kepada pemain golf negara, Shaaban Hussin.
Mohd Shawal 38, abang kepada pemain golf negara, Shaaban Hussin.

“Apa yang saya saksikan sendiri, kaki kiri Shaaban sudah dipotong. Saya difahamkan bahagian bawah sudah tidak dapat lagi diselamatkan kerana terdapat urat saraf yang putus.

“Ketika saya bertemu dengannya, dia hanya mampu berkomunikasi dengan memberi isyarat. Sekarang ini kami masih menanti perkembangan terbaharu daripada doktor untuk rawatan susulan,” katanya kepada Berita Harian.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Shaaban, 36, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan dari Ijok ke Damansara untuk menjalani latihan.


2-Awal-Ashaari-Rasa-Bersalah-Anak-Tercalon-ABPBH-29-jpeg-700x449

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya itu terbabas ketika Shaaban cuba elak sebuah kereta sehingga menyebabkan dia terseret di lebuh raya sebelum tercampak ke longkang.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL). – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • golf

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori