Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Susut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka...

Mahathir Perlu Minta Maaf...

KUALA LUMPUR - UMNO mengingatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya meminta...

Lelaki Hilang Terjatuh Laut

Hutan Melintang - Lelaki hilang selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Bagan...

170,000 Peminjam PTPTN Berpeluang...

PUTRAJAYA - Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diberi peluang...

Johor Cadang Laksana Larangan Penggunaan Polisterin, Plastik

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri Johor bercadang melaksanakan larangan penggunaan polisterin dan plastik di negeri ini bagi menangani kesan penggunaannya terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata cadangan dan pelan pelaksanaan larangan penggunaan polisterin dan plastik itu dijangka diumumkan dalam pembentangan Bajet Negeri Johor 2017, hujung tahun ini.

“Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech) sedang menyediakan kertas kerja cadangan pengenalan dan penggunaan bahan pembungkusan berasaskan ‘biodegradable’ dan ‘biocompostable’ bagi menggantikan polisterin dan plastik,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Chua Wee Beng (DAP-Bentayan) sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan melarang penggunaan polisterin dan plastik, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Katanya penggunaan bahan pembungkusan ‘biodegradable’ bagi menangani kesan penggunaan pembungkusan polisterin dan plastik telah dibincangkan secara khusus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Adaptasi pada Januari lepas.


Menurut Ayub, beliau telah memaklumkan usaha langkah larangan terbabit melalui nota makluman kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Jan lepas.

Katanya, kerajaan negeri sehubungan itu bersetuju supaya J-Biotech diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan, inisiatif dan penyediaan pelan selama lima tahun untuk dipertimbang kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori