Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berani..Marc Jacob Mengaku Tersilap...

DUA hari lalu isu gambar bogel pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs yang tersebar...

MBI Giat Tangkap Anjing...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan meningkatkan operasi menangkap anjing liar di sekitar...

Aston Villa Dapatkan Khidmat...

London - Penyerang Sepanyol, Carles Gil sah menyertai Aston Villa dari Valencia selepas...

SRC: Najib Mohon Panggil...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan SRC International Sdn. Bhd. yang sudah masuk hari ke-70...

Kerajaan Komited Pastikan Rakyat Dapat Pendidikan Terbaik

KUANTAN – Kerajaan komited untuk terus memastikan rakyat mendapatkan pendidikan terbaik di negara ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian telah memperkenalkan beberapa inisiatif dalam usaha melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.

“Saya berjanji kepada rakyat Malaysia untuk melihat mereka mendapat pendidikan terbaik yang sepatutnya di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2015 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.

Turut hadir timbalannya Datuk Mary Yap Kain Ching dan Naib Canselor UMP Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Mengulas lanjut, Idris berkata antara inisiatif itu adalah iCGPA yang merupakan penilaian bukan berdasarkan pencapaian akademik sahaja tetapi juga penyertaan dalam kokurikulum, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.

Selain itu, katanya Program Dua Universiti+Dua Industri (2u2i) iaitu program belajar sambil bekerja turut diperkenalkan yang memperuntukkan penuntut untuk belajar selama dua tahun di universiti dan menimba pengalaman dalam industri selama dua tahun lagi.


“Kita juga ada Program CEO@Fakulti yang memberi peluang kepada mahasiswa menimba ilmu daripada CEO (ketua pegawai eksekutif) terkemuka di Malaysia dan negara luar,” katanya.

Idris berkata inisiatif itu dilihat berkeupayaan melahirkan graduan dari universiti tempatan yang lebih holistik bukan sahaja hebat dalam bidang akademik malah cemerlang dari segi kepimpinan, kemahiran komunikasi dan keusahawanan.

Pada majlis itu, pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Muhammad Anas Misbahudin merangkul anugerah tertinggi Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi.

Muhammad Anas, 24, yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan kepujian layak menerima anugerah itu hasil daripada kejayaan program UniSZA Merentas Sempadan Acheh dan 1st Malaysian Students Global Policy Symposium 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori