Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan 2 Lelaki...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki secara berasingan...

Felda Lantik Peneroka Jadi...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini mengumumkan pelantikan Ketua...

UMNO Arah 191 Bahagiannya...

KUALA LUMPUR : UMNO mengarahkan semua 191 Bahagiannya termasuk pergerakan Wanita, Pemuda dan...

Barcelona Benam PSG 3-1...

BARCELONA - Penyerang trio Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez menghasilkan gol apabila...

Kerajaan Negeri P.Pinang Serah Cadangan LRT Kepada SPAD

GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan cadangan jajaran pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk kelulusan.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata permohonan rasmi telah diserahkan melalui pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Selasa lepas kepada SPAD.

“Ini adalah jajaran pertama projek LRT di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Bayan Lepas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman web PIP oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut cadangan awal jajaran LRT itu, ia akan bermula dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) melalui Jelutong, Gelugor, Bayan Baru, Bayan Lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebelum ia berakhir di bahagian penambakan laut, selatan Pulau Pinang.

Ia menyatakan bahawa kajian kemungkinan telah dijalankan pada tahun 2014 dan ini diikuti dengan ulasan dan perbincangan dengan pihak berkepentingan utama manakala kerajaan negeri telah memberikan kelulusan prinsipal pada 13 Jan tahun ini.


Dilaporkan sebelum ini kerajaan negeri telah melantik SRS Konsortium, usaha sama yang terdiri daripada Gamuda, Ideal Property Development Sdn Bhd dan Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd, sebagai Rakan Pelaksana Projek bagi projek PIP.

Projek PIP yang menelan kos RM27 bilion itu juga membabitkan pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5km, tiga lebuh raya dan Penang Sky Cab. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPAD

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori