Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Stabil Penting Untuk...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman malam tadi, menyifatkan...

Malay Mail Online Portal...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyelar segelintir pengguna...

Benarkah Gulai Rendang Melayu...

ADAƂĀ dua kekeliruan yang hamba-hamba Allah SWT yang istimewa ni bangkitkan:1. Ayam atau lembu...

Cuaca Buruk Berterusan Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang diramal berterusan sehingga...

Kerajaan Negeri Tangguh Cadangan Ambil Alih Feri P.Pinang

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri menangguh cadangannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri ini kepada satu tarikh yang akan diputuskan semula, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 30 Mac lepas dan disahkan pada 6 April lalu.

Katanya kerajaan negeri bimbang pengurusan dan kawal selia di bawah Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sekarang akan menjejaskan pelaburan perkhidmatan feri sekiranya berlaku campur tangan oleh pihak pengurusan yang tidak profesional.

“Oleh itu MMKN bersetuju supaya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu antara saya dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Perbincangan ini dicadangkan bagi membolehkan beberapa perkara utama yang berkaitan dengan peranan dan pengawal seliaan SPPP dapat diperjelaskan dan dihalusi bersama yang berhormat menteri,” katanya dalam satu kenyataan.


Lim berkata SPPP perlu dipimpin dan diuruskan secara profesional berdasarkan piawaian antarabangsa serta tidak dipengaruhi oleh faktor yang tidak relevan.

Beliau berkata mesyuarat terakhir bagi membincangkan cadangan pengambilalihan itu telah diadakan pada 8 Jan lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan, Datuk Ruzainah Mohamed Rashid. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori