Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Wakili PM...

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mewakili...

“Philip Morris Hipokrit Kempen...

SYARIKAT rokok gergasi dunia, Philip Morris dikecam kerana didakwa bersikap hipokrit kerana mempromosi...

Pelaksanaan Kutipan RC Kenderaan...

BENTONG - Kenderaan dari Thailand akan dikenakan caj jalan raya (RC) dalam masa...

12 Penyamun Curi 17...

ROM - Seramai 12 orang penyamun berjaya ditangkap pihak polis di Itali kerana...

Kerajaan Sedang Menilai Model Pengurusan Air Holistik Untuk Negara

KUCHING – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang menilai beberapa model pengurusan air dari beberapa buah negara lain bagi mewujudkan kaedah pengurusan holistik sumber air di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penilaian ini turut melibatkan kerjasama dengan semua kerajaan negeri menerusi Unit Perancangan Negeri masing-masing dengan mengambil kira kaedah terbaik penyimpanan dan pembekalan air.

“Kita sedang melihat beberapa kaedah yang sudah digunakan di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Peranchis yang boleh kita jadikan sebagai model untuk pengurusan air yang lebih holistik,” katanya pada sidang berita di sini hari ini.

Beliau berkata ketiadaan pengurusan air holistik ini menjadi antara punca beberapa buah negeri mengalami masalah kekurangan bekalan ekoran fenomena El Nino yang sedang melanda negara sekarang.

Fenomena ini telah menyebabkan simpanan air di enam buah empangan di lima buah negeri, empangan Timah Tasoh (Perlis), Beris, Padang Saga, Muda (Kedah), Labong (Johor) dan Bukit Kwong (Kelantan) berada di bawah paras 50 peratus, katanya.

Wan Junaidi juga berkata kerajaan bercadang untuk mewajibkan syarikat yang didapati melakukan aktiviti pembakaran sehingga menjejaskan kualiti alam sekitar, menanggung kos operasi pemadaman selain dikompaun.


Tindakan ini perlu memandangkan pengenaan kompaun berjumlah RM2,000 yang sedia ada didapati tidak berkesan dalam membendung pembakaran terbuka, katanya.

“(Jumlah kompaun) itu seperti petty cash (wang runcit) sahaja untuk syarikat-syarikat besar. Mereka bayar dan kemudian mereka lakukan (pembakaran terbuka) lagi (tanpa rasa bersalah),” tambahnya.

Wan Junaidi berkata demikian apabila diminta mengulas keadaan jerebu yang menyelubungi bandar raya Miri sejak tiga hari lepas ekoran kebakaran terbuka di kawasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram, di utara bandar raya itu.

Menyentuh mengenai jerebu di Miri, beliau berkata penyiasatan sedang dijalankan bagi mengesan punca kebakaran itu dan dipercayai “pekerja-pekerja (sebuah) syarikat mengambil jalan mudah membakar dan membersihkan tanah (belukar) waktu malam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori