KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) menjelaskan harga getah asli di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor global termasuk penawaran dan permintaan serta kadar pertumbuhan ekonomi dunia khususnya di negara-negara pengguna getah asli utama.
LGM dalam satu kenyataan media memberitahu, faktor global berkenaan turut memberi kesan kepada harga getah asli Malaysia kerana komoditi itu turut diperdagangkan di peringkat antarabangsa seperti produk-produk komoditi lain.
Di samping itu, kata LGM, harga getah asli juga dipengaruhi oleh harga petroleum di pasaran global yang mana harga yang rendah akan menyebabkan harga getah sintetik menjadi lebih kompetitif.
LGM bagaimanapun menegaskan, kerajaan sentiasa memahami kesan penurunan harga terhadap pendapatan para pekebun kecil getah terutamanya para penoreh.
Berikut kenyataan penuh LGM mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani beban pendapatan akibat harga gerah yang rendah kepada pekebun kecil dan peneroka getah:
KENYATAAN MEDIA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM)
LGM ingin memaklumkan mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menangani beban pendapatan akibat harga getah yang rendah kepada pekebun kecil dan penorehgetah.
2. Seperti produk-produk komoditi lain yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa, harga getah asli dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk penawaran dan permintaan, kadar pertumbuhan ekonomi dunia khususnya di negara-negara pengguna getah asli utama. Di samping itu, harga getah aslijuga dipengaruhi oleh harga petroleum di pasaran global yang mana harga yang rendah akan menyebabkan harga getah sintetik menjadi lebih kompetitif.
3. Harga cuplump atau getah bekuan di ladang adalah berdasarkan kepada harga rasmi LGM. LGM menyediakan harga rasmi sebagai rujukan berdasarkan kepada harga getah gred SMR 20 FOB yang dikeluarkan oleh Panel Penasihat Harga Getah (Price Advisory Panel). Ini adalah kerana harga getah SMR 20 FOB mengambil kira harga bahan mentah (cuplump), kos pemprosesan dan kos transaksi. Panel ini dianggotai oleh pemproses getah, peniaga dan pedagang getah yang memenuhi syarat yang ditetapkan seperti mengeluarkan getah mengikut kuantiti yang ditetapkan.
4. Kerajaan memahami kesan penurunan harga terhadap pendapatan para pekebun kecil getah terutamanya para penoreh. Bagi menangani isu ini, langkah-langkah yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
i. Melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil apabila purata bulanan harga getah gred SMR 20 FOB berada pada paras RM5.50 sekilogram ke bawah atau purata bulanan harga cuplump berada pada paras RM2.20 sekilogram ke bawah.Sepanjang tiga bulan tahun 2016, kerajaan telah memberikan IPG sebanyak 40 sen, 50 sen dan 25 sen masing-masing untuk bulan Januari, Februari dan Mac ke atas setiap kilogram cuplump yang dikeluarkan oleh pekebun kecil di Semenanjung. Berdasarkan purata pengeluaran cuplump sehektar sebanyak 3,000 kilogram setahun, IPG berupaya memberi pendapatan tambahan sebanyak RM62.50 hingga RM125.00 sebulan. Sejak pelaksanaan IPG pada bulan November 2015 sehingga kini, sebanyak RM18 juta telah dibayar kepada para pekebun kecildengan 93,365jumlah tuntutan oleh pekebun, .Pembayaran IPG dilaksanakan secara bulanan berdasarkan kepada purata harga getah bulan sebelumnya. Baki peruntukan IPG adalah untuk bayaran bulan-bulan seterusnya sekiranya harga getah berada di bawah paras RM5.50 sekilogram. Insentif ini telah membolehkan pekebun kecil dengan produktiviti cuplump 3,000 kilogram/hektar/tahun dan purata milikan tanah 2 hektar, menikmati pendapatan bulanan sebanyak RM1,100 sebulan. Dalam kes penoreh, pada amnya pendapatan adalah dikongsi bersama dengan pemilik pada nisbah 50:50. Ini bererti pada pendapatan sebanyak RM1,100 sebulan, penoreh akan memperoleh pendapatan sebanyak RM550;
ii. Kerajaan juga melaksanakan mekanisme penetapan harga di ladang melalui penetapan margin perniagaan iaitu harga diantara SMR 20 Free on Board (FOB) dan harga yang diterima oleh pekebun kecil mulai bulan November 2014. Mekanisme ini melibatkan penyertaan sebanyak 64 buah koperasi dalam urusniaga getah dan tujuannya adalah untuk mengurangkan peranan orang tengah. Bagi maksud ini, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM6.4 juta sebagai modal pusingan kepada koperasi-koperasi untuk tujuan urus niaga jual beli getah;
iii. Memperkukuhkan mekanisme penentuan harga getah melalui Panel Penasihat Harga Getah dan pemantauan oleh Jawatankuasa Kajian Harga setiap 3 bulan bagi memastikan harga yang dikeluarkan oleh LGM lebih telus, reflektif dan boleh dipercayai;
iv. Mempergiatkan program promosi IPG supaya pekebun kecil mendapat maklumat yang tepat dan mebuat tuntutan sewajarnya melalui:
a. Program Sembang Warung – sebanyak 6 program dilaksanakan pada tahun 2015 dan 7 program pada tahun 2016 di Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor;
b. Program di TV seperti Selamat Pagi Malaysia, rancangan BIZ Malaysia;
c. Rancangan temu bual di radio peringkat nasional dan negeri; dan
d. Bekerjasama dengan Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (NASH)
v. Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas premis pembeli getah di seluruh negara bagi memantau urusniaga dan kadar potongan harga yang dikenakan oleh pembeli melalui pelaksanaan Operasi Ops-Patuh dan Ops-Batal. Sebanyak 129 operasi dilaksanakan pada tahun 2015 dan 77 operasi pada tahun 2016.Tindakan akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang memanipulasikan harga getah dan tidak mempamerkan harga getah di premis masing-masing bagi menjamin ketelusan harga getah sekerap pada setiap transaksi;
vi. Meningkatkan program bertemu pelanggan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran kepada pekebun kecil untuk menghasilkan dan menjaga kualiti getah. Pengeluaran getah yang berkualiti akan meningkatkan harga di ladang yang diterima oleh pekebun kecil. Sebanyak 375 program telah dilaksanakan pada tahun 2015 dan 155 program pada tahun 2016; dan
vii. Membangunkan kaedah analisis baru teknologi infrared bagi menentukan kandungan getah kering yang dinamakan RRIMETERâ„¢. Kaedah ini mampu menentukan kadar KGK bagi getah bekuan dalam tempoh kurang dari 45 saat. Kaedah penentuan KGK ini dapat memastikan pekebun mendapat harga yang lebih baik diperingkat ladang.
5. Dengan mengambilkira trend harga getah asli yang tidak stabil, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Cara-cara meningkatkan Pekebun Kecil Industri Komoditi telah bersetuju menangguhkan kutipan ses getah mulai bulan April 2016 apabila harga getah SMR 20 berada di paras RM5.50 se kilogram dan ke bawah. Mekanisme pelaksanaannya sedang diperhalusi dimana dengan penangguhan kutipan ses, pekebun mendapatpeningkatan pendapatan di antara RM8.80 sehingga RM17.50 sehektar sebulan.
6. Pembayaran IPG tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemohon yang mengemukakan borang tuntutan IPG bersama maklumat yang lengkap dan menyediakan dokumen sokongan seperti resit jualan yang diperlukan akan menerima bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja.Walau bagaimanapun, terdapat pemohon yang memberikan maklumat yang mencurigakan seperti jumlah pengeluaran yang tidak selaras dengan keluasan kebun atau tanpa resit jualan. Dalam hal ini, permohonan yang tidak lengkap perlu melalui proses penyiasatan termasuk lawatan ke kebun atau premis jualan bagi memastikan kesahihan maklumat yang diberikan sebelum bayaran IPG dilakukan. Dengan itu, proses pembayaran akan menjadi lewat dari yang sepatutnya mengambil kira proses siasatan terhadap permohonan tersebut. Di samping itu, LGM sentiasa berusaha untuk menambah baik proses pembayaran supaya pekebun menerima bayaran IPG dalam tempoh 14 hari.
7. Selain itu, LGM akan bekerjasama dengan agensi-agensipelaksana lain seperti RISDAdalam mempertingkatkan aktiviti pemindahan teknologi bagi menggalakkan pekebun kecil untuk mengamalkan amalan pertanian yang baik. Ini akan menyumbang kearah meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil. – mynewshub.cc