Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dr M Beri Peringatan...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk...

Selalu Pakai Seksi Cetus...

SERING dikritik kerana penampilan yang seksi dan sering memegang watak antagonis dalam lakonannya, sedikit pun...

Pengemis Di Dubai Raih...

DUBAI - Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga...

Apa Dosa 3 Anak...

Bagi mereka yang mempunyai sifat sayangkan binatang terutama kucing kejadian di Apartmen Damai,...

Sedekad Dalam Industri Tapi Masih Ditakuk ‘Suam-Suam Kuku’

WALAUPUN telah sedekad berkecimpung dalam industri lakonan, Shakilla Khoriri antara pelakon muda yang jarang dikenali oleh netizen di Malaysia meskipun banyak membintangi drama-drama tempatan.

Seringkali memegang watak pelakon pembantu dalam drama-drama popular yang disiarkan menerusi kaca televisyen, ternyata bakatnya masih belum dihidu oleh produksi-produksi tanah air.

917384_256321784714452_1892469923_n

10693488_588589441293402_168976650_n

Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 27; menyifatkan watak pembantu yang digalasnya itu sebagai platform untuk mengukuhkan namanya di persada seni tanah air.

Meskipun dia sering muncul di kaca televisyen, ternyata pelakon ini masih lagi dalam kategori suam-suam kuku.

Aktres muda ini juga turut mengaku dia mudah tersinggung apabila ramai yang tidak mengenalinya sebagai seorang pelakon sewaktu mula berkecimpung dalam industri dahulu.

“Kini, biarlah tidak ramai yang mengenali saya pun asalkan saya puas dengan karier saya. Jujurnya, saya sudah tidak kisah dengan populariti.

“Lagipun, berlakon adalah minat dan keutamaan saya. Saya berminat mencuba sesuatu yang baharu dan bidang ini juga sudah menjadi punca rezeki saya,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Gadis berusia 27 tahun ini tetap optimis dengan bidang kerjayanya dan semakin diterima ramai. Seperti pelakon-pelakon lain, Shakilla turut ada hasrat dan keinginan untuk mendukung watak heroin suatu hari nanti jika diberi peluang.


“Semua orang yang bergelar pelakon pasti mengimpikannya. Begitu juga dengan saya. Tetapi, saya tahu menjadi heroin merupakan satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul.

“Sementelahan lagi apabila mendapat jalan cerita hambar dan pasangan baharu yang pertama kali berlakon,” jelasnya lagi.

Pelakon drama Aku Bukan Bimbo dan Anakku Diva turut tampil dengan potongan rambut pendek ala-ala tomboi sejak awal tahun, selepas mendapat nasihat daripada Sheila Rusly.

Ia dilakukan demi menjayakan wataknya dalam dua drama itu serta ingin lari dari imej berambut panjang dan ‘berkepuk-kepuk’.

10518066_518724571640079_1175641360_n

11355838_800042573429784_1209041410_n

“Jadi, atas nasihat kak Sheila Rusly, saya membuat kelainan apabila tampil dengan watak perempuan tomboi. Drama Anakku Diva adalah drama pertama saya selepas memotong rambut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori