Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ahli Parlimen Kanada Ini...

SEORANG ahli parlimen Kanada Mark Holland mengejutkan seluruh dunia apabila mengakui turut berpuasa...

Dicekup Kurang Sejam Menyamun

KUALA PILAH – Seorang penjenayah bersenjatakan parang berjaya dicekup polis dalam tempoh kurang...

Atikah Suhaime Serius Mahu...

PELAKON baharu kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini serius mahu menempa nama sebagai penyanyi. Justeru Atikah...

Polis Siasat Lagu Negaraku...

KUALA LUMPUR - Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan...

Kes Dadah: Perbicaraan Tony Eusoff Ditangguh

PERBICARAAN semula kes pelakon Tony Eusoff yang didakwa memiliki dadah telah ditangguh kepada 21 April.

Penangguhan itu dibuat Mahkamah Singapura pada Selasa berikutan peguam Tony berada di luar negara selama seminggu.

tony2
Tony Eusoff

Screenshot_68

Menerusi akaun Facebook pelakon kacak ini, pelakon ini mengakui kejadian itu berlaku atas kecuaian dan tidak kematangan dirinya berfikir pada waktu itu.

Tony yang pernah membawa watak P.Ramlee dalam teater P.Ramlee The Musical turut membuat permohonan maaf kepada para peminatnya.

Terdahulu, Tony, 38, atau nama sebenarnya Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman dilapor telah didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah di mahkamah Singapura pada 31 Mac.


Menurut satu laporan media Singapura, Tony didakwa memiliki 4.56 gram cebisan bahan sayuran yang dianalisis dan didapati mengandungi campuran ganja ketika ditahan di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 12 Mac lalu.

Jika didapati bersalah, Tony boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori