Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Simulasi Kebakaran LRT Uji...

PETALING JAYA - Bagi menguji kesiapsiagaan anggota penyelamat dan prosedur operasi standard (SOP)...

Bursa Malaysia Terima Panggilan...

SUASANA di luar bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur huru-hara apabila orang ramai...

Isu Viral Mengenai Keperluan...

KUALA LUMPUR - Tindakan memviralkan mesej meminta orang ramai menderma darah melalui media...

4 Individu Hilang Di...

KOTA KINABALU - Empat individu yang dilaporkan hilang di kawasan perairan Pulau Balambangan,...

Kesihatan MB Kelantan Bertambah Baik

KOTA BAHARU – Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bertambah baik selepas menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Khamis lepas.

Ahmad berkata ketika ini beliau masih dirawat di HUSM dan menerima rawatan daripada doktor pakar dan keadaan beliau beransur pulih serta bertambah baik.

Ahmad dalam satu kenyataannya di sini hari ini, merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada doktor dan kakitangan perubatan HUSM yang bertugas sepanjang beliau menerima rawatan.

Beliau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat yang mendoakan kesejahteraannya selama ini.

Ahmad turut berdoa supaya negeri ini dicucuri rahmat daripada Allah sepanjang masa dan meminta rakyat sentiasa bersabar ketika diuji dengan musibah dan kesusahan.

“Perkukuhkanlah amalan taawun ala al-bir dan al-taqwa (tolong menolong atas perkara kebaikan dan takwa) serta perluaskan dalam masyarakat khasnya kepada yang kurang bernasib baik. Dengan amalan ini, sudah pastinya Allah akan melapangkan kehidupan kita.


“Hindarilah taawun ala al-ithmi wa al-udwan (jangan tolong menolong atas urusan yang membawa kepada dosa dan permusuhan) yang sudah tentu hanya akan mengundang kemurkaan Allah dan mendapat kesempitan hidup,” kata Ahmad.

Beliau juga menasihatkan seluruh rakyat membangunkan sifat taqwa setiap detik dan ketika demi untuk meraih keredaan Allah.

Ahmad dimasukkan ke HUSM, Rabu lepas, setelah rasa sakit di bahagian kepala dan pihak hospital memaklumkan tentang darah beku di kepalanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori