Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jawatankuasa Bagi Mengkaji Pelan...

PUTRAJAYA - Sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi mengkaji pelan perniagaan yang baharu bagi...

MH17: Malaysia, JIT Tekad...

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bersandarkan laporan...

Fasha Sandha Puji Rita...

PERSAHABATAN antara pelakon cantik Fasha Sandha dan usahawan kosmetik Nouvelles Visages, Rita Dato'...

Remaja Kutuk Mendiang Kuan...

SINGAPURA – Seorang remaja yang ditangkap kerana didakwa membuat rakaman video mengutuk mendiang...

Khairul Idham Disambut Meriah Oleh Peminat

SEPANG – Pelumba Moto3 negara yang mencipta sejarah sukan permotoran Malaysia Khairul Idham Pawi hari ini disambut meriah oleh peminatnya setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Pelumba berusia 17 tahun itu tiba dgn penerbangan Malaysia Airlines Berhad MH003 dari London di KLIA pada 7.45 pagi.

Lebih 100 peminat memenuhi ruang menunggu di Balai Ketibaan dengan memegang poster dan dua kain rentang gergasi dengan ucapan tahniah kepada pelumba negara yang meraih podium pada pusingan kedua perlumbaan motosikal Grand Prix Argentina, 3 April lepas.

Kedua ibu bapa Khairul Idham atau lebih dikenali dengan panggilan KIP dan Keon, Pawi Omar, 52, dan Hasnah Sulaiman, 49, turut menyambut anak kesayangan mereka itu dengan air mata kegembiraan.

Difahamkan rombongan yang terdiri daripada sanak saudara dan rakan-rakan Khairul Idham serta penduduk kampung ke Kuala Lumpur, menaiki tiga bas untuk memberi sambutan wira kepada pelumba negara itu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Datuk Seri Tan Hui Jing dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nobohide Nagata.

Sementara itu, Khairul Idham berasa terharu dengan sambutan yang diberikan oleh anggota keluarga, rakan-rakan serta peminat beliau di KLIA pagi ini.

“Saya berterima kasih kepada peminat, bos dan juga ibu bapa saya yang menyambut ketibaan saya pagi ini,” katanya.

Khairul Idham akan terus pulang ke kampung dan dijangka akan bertemu peminat di Batu Kawan, Pulau Pinang pada perlumbaan Cub Prix Petronas, Ahad ini.


Beliau akan ke Sepanyol untuk meneruskan cabaran pusingan keempat di Litar Jerez pada 22 hingga 24 April.

Selepas meraih podium di Argentina, Khairul Idham menamatkan pusingan ketiga di Amerika Syarikat di kedudukan ke-20 selepas bermula dari petak ke-32.

“Kemenangan podium tempoh hari bukan bermakna ia jadi tekanan sebab saya masih dalam proses belajar. Untuk perlumbaan seterusnya, saya boleh perbaiki dan lakukan yang terbaik.

“Yang penting saya perlu cepat belajar dan sesuaikan dengan keadaan perlumbaan.

“Saya akan pastikan sentiasa berikan yang terbaik untuk peminat dan rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori