Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pekerja Warga China Mati...

BETONG (Sarawak) - Seorang mati dan seorang lagi cedera di belakang badan dan...

Rangka Manusia Tanpa Identiti...

KLUANG: Satu rangka manusia tanpa pengenalan diri ditemukan berhampiran sebatang sungai di Ladang...

Kesejahteraan Rakyat Antara Teras...

LANGKAWI - Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah untuk pilihan raya umum ke-14(PRU14) akan...

Saya Sangat Komited Bangunkan...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau meluluskan...

K’jaan Negeri Pelawa Dr. Zakir Buka Cawangan IRF Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mempelawa ilmuan ulung Islam, Dr. Zakir Naik yang juga penaung pertubuhan Islamic Research Foundation (IRF) untuk membuka cawangan atau pusat penyelidikan bagi rantau Asia Tenggara di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata dengan wujudnya IRF di negeri ini, Terengganu akan lebih dikenali sebagai antara pusat perkembangan ilmu dan Islam di rantau ini.

“Insya-Allah, esok saya akan bertemu dengan Dr. Zakir Naik dan berbincang dengan beliau berhubung tawaran kerajaan negeri bagi membuka cawangan IRF di negeri ini.

“Mungkin kita akan tawarkan sebuah daripada pulau-pulau di kawasan Tasik Kenyir untuk dijadikan lokasi pusat ilmu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menganugerahkan watikah pelantikan anggota Jawatankuasa Pemandu Membanteras Dadah Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Terengganu Baharu, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A Latiff Awang dan Pengarah Agensi Antidadah (AADK) Terengganu, Rahayu Ahmad.


Dr. Zakir Naik, berasal dari India yang juga Tokoh Maal Hijrah peringkat Antarabangsa 2013 kini dalam rangka jelajah ceramah umumnya dalam pelbagai tajuk di beberapa negeri termasuk Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori