Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Token Percuma Untuk Individu...

KUALA LUMPUR – Kementerian Teknologi Sains dan Inovasi (MOSTI) sedang membangunkan satu sistem...

Pemilik Restoran Nafi Sudu,...

Pengurusan rangkaian Restoran Khulafa Sdn. Bhd. nafi dakwaan pekerjanya cuci sudu dan garpu...

Majalah TIME Iktiraf Nasi...

MAKANAN kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak kini diiktiraf sebagai salah satu daripada 10...

DAP Nyalakan Api Anti...

SEJAK 5 Jun selepas Penamaan Calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP...

KKM Lancar Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR – Sejumlah 12,110 premis telah diperiksa dan 39 kompaun berjumlah RM19,500 dikeluarkan hasil operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes di seluruh negara yang bermula semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata kesemua premis yang didapati membiak Aedes dikenakan kompaun maksimum RM500 bagi setiap kompaun dalam operasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan selama dua bulan itu.

“KKM juga menjalankan aktiviti penguatkuasaan di tapak binaan kerana didapati kadar pembiakan Aedes masih tinggi iaitu 31.8 peratus, melebihi sasaran satu peratus yang ditetapkan.

“Perintah penutupan (oleh) mahkamah selama dua minggu akan dikenakan kepada tapak binaan yang didapati membiak Aedes selain tindakan didakwa di mahkamah bagi kesalahan berulang,” kata kenyataan itu.

Sejumlah 324 lokaliti terlibat dalam operasi itu iaitu 109 di Kelantan, 62 di Selangor, 51 di Kedah, 35 di Terengganu, 18 di Johor, 10 di Negeri Sembilan, tujuh di Sarawak, enam di Perak, enam di Pahang, lima di Perlis, lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat di Sabah, masing-masing dua di Pulau Pinang, Melaka dan Labuan.


Pemantauan KKM juga mendapati jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 9 April tahun ini adalah 39,221 kes, meningkat sebanyak 9.9 peratus atau 3,520 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas iaitu 35,701 kes.

Selain itu, jumlah kumulatif kematian akibat demam denggi tahun ini adalah sebanyak 90 berbanding 113 bagi tempoh yang sama tahun lepas dengan penurunan sebanyak 23 kematian. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori