Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PAC Panggil Jho Low...

PETALING JAYA - Ahli perniagaan, Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho...

Wang Atau Patriotisme

Wang amat penting dalam kehidupan ini, tetapi tidaklah bermakna wang adalah segala-galanya.Para perajurit...

Sweet… Miranda Lambert Dilamar...

PENYANYI antarabangsa, Miranda Lambert menerima lamaran daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun...

Jenazah 3 Sekeluarga Dibunuh...

MELAKA - Jenazah tiga sekeluarga yang dibunuh dipercayai oleh penagih dadah tegar, dikebumikan...

KPDNKK Perak Rampas Barangan Tiruan Lebih RM200,000

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas beg, tali pinggang, dompet, dan kemeja T pelbagai jenama antarabangsa tiruan bernilai RM284,350 di sebuah premis di Bidor, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK Perak Mohd Khalis Kasim berkata pihaknya menyerbu premis menjual pakaian, peralatan rumah dan salun itu kira-kira pukul 10.50 pagi dan merampas 792 barangan pelbagai jenis yang menggunakan cap dagangan palsu.

Katanya seorang lelaki berumur lingkungan 20-an menjual barangan itu menerusi perniagaan dalam talian sejak setahun lalu dan pembeli adalah dari Malaysia dan Singapura.

“Satu bilik dalam premis itu digunakan untuk membungkus barang jualan manakala satu lagi bilik dihias cantik untuk mengambil gambar barang jualan dan dimuat naik di laman sesawang.

“Peniaga akan mewarnakan semula beg sekiranya terdapat kecacatan pada beg itu,” katanya katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Khalis berkata peniaga itu juga menawarkan peluang menjadi ejen di Malaysia dan Singapura dengan mengenakan syarat yang mana individu perlu membayar RM15,000 sebagai pendahuluan.


“Barangan tiruan itu diperoleh dari Hong Kong dan dijual kepada pembeli dari harga RM100 hingga ribuan ringgit. Kebanyakan pembeli adalah dari Johor Baharu dan pembayaran dibuat menerusi perbankan dalam talian,” katanya sambilmenambah barangan itu dihantar kepada pembeli menerusi perkhidmatan kurier.

Menurutnya, lelaki itu telah diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dengan individu yang melakukan kesalahan itu boleh didenda RM10,000 bagi setiap unit barangan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata rampasan itu adalah pertama kali dilakukan di Perak dan pihaknya akan terus menjalankan operasi bagi mengekang aktiviti penjualan barangan tiruan daripada terus berleluasa.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pemilik cap dagang untuk memantau serta mengambil tindakan ke atas peniaga yang disyaki menjual barangan dengan menggunakan jenama tiruan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori