Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Abil Takut Orang Muak...

BAGI pengikut setia Instagram pelakon serba boleh, Nabila Huda Suhaimi pastinya berasa sedikit...

Tentera Darat Buat Penjajaran...

PORT DICKSON - Tentera Darat akan mengoptimum perbelanjaannya khusus berhubung pembelian aset ekoran...

Lama Menghilang, Kini Izreen...

SELEPAS 'menghilang' hampir sebulan daripada media sosia, akhirnya semalam akaun Instagram milik pelakon...

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar...

KPDNKK Terengganu Rampas Jersi Tiruan Pasukan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merampas 22 helai jersi tiruan pasukan Terengganu bernilai kira-kira RM1,100 semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Terengganu Md Nawawi Ab Rahman berkata rampasan dibuat dalam serbuan sekitar pukul 7.30 malam semalam di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak sebelum aksi Terengganu menentang KL Felda United dalam saingan bola sepak Liga Super.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya melakukan pemeriksaan di sembilan buah gerai yang menjual jersi keluaran Kobert dan mendapati sebuah gerai yang dibuka jauh dari premis yang lain dengan menjual jersi tiruan itu.

“Bagaimanapun peniaga terbabit melarikan diri bersama keretanya sebaik menyedari pihak kami melakukan pemeriksaan dengan meninggalkan 22 jersi yang dirampas ini.


“Kami sedang mengesan peniaga terbabit dan kami percaya perniagaan ini dikendalikan seorang lelaki yang berasal dari luar Kuala Terengganu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Md Nawawi berkata serbuan yang dilakukan itu hasil intipan selama dua minggu dan aduan yang dilakukan oleh pihak Kobert dan beliau percaya penjualan bermula sejak tiga bulan lalu dengan meletakkan harga lebih murah berbanding harga jersi asal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori