Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Edar Dadah: 2 Beradik...

GEORGE TOWN - Dua beradik terselamat daripada hukuman gantung mandatori selepas Mahkamah Tinggi...

Najib Ulangi Desakan Agar...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi desakannya...

Banyak Implikasi Jika PH...

PORT DICKSON : Tiada sebarang perbincangan di peringkat Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan...

Fitnah Bunuh Anak 3...

KANGAR - Nampaknya pembangkang sudah kehabisan modal untuk hasut rakyat benci kerajaan dan...

KPDNKK Terengganu Rampas Katrij Tiruan Bernilai RM600,000

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu merampas 2,000 unit peralatan memproses dakwat katrij tiruan dalam satu serbuan yang dilakukan di tiga lokasi berasingan pada Rabu.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samad berkata nilai kesemua rampasan semalam berjumlah RM600,000 iaitu kes terbesar melibatkan barangan berkenaan tahun ini.

Azlan berkata dalam serbuan itu sebuah premis kedai di Jalan Bukit Kechil dijadikan stor simpanan manakala dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulai Baru, dekat Tepoh, pihaknya terpaksa menggunakan pemotong besi untuk membuka pintu pagar dan pintu rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, tiada seorang pun di dalam rumah tersebut namun kami menemui berpuluh-puluh kotak berisi katrij tiruan dan peralatan yang digunakan untuk memprosesnya di dalam bilik dan belakang rumah tersebut yang bernilai RM10,000.

Susulan itu, kami terus melakukan satu lagi serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini dan berjaya menemui lebih banyak peralatan untuk pemprosesan dakwat katrij tiruan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini Khamis.

Enam belas anggota penguatkuasa terlibat dalam serbuan di tiga lokasi terbabit yang turut disertai oleh wakil Cap Dagang.


Mengulas lanjut, Azlan berkata terdapat dua pemilik dan seorang pekerja syarikat tersebut di pejabat ketika serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai peralatan untuk memproses semula dakwat dan katrij kosong yang dibeli dan diisi semula dengan dakwat yang seterusnya dipek dan dilabel dengan pelekat hologram pelbagai jenama antaranya HP, Canon, Samsung, Fiji, Brothers, Xerox dan Epson.

“Katrij tiruan ini dipasarkan di seluruh Malaysia termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dengan harga pasaran berdasarkan rekod perniagaan yang terbabit,” katanya.

Jika sabit kesalahan, syarikat terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perih al Dagangan iaitu denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang dan bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori