Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK K.Kangsar: BN Kesan...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) mengesan satu taktik kotor saat akhir kempen...

ISN-Yakeb Tawar Bekas Atlet...

KUALA LUMPUR - Selepas mengharumkan nama negara di persada dunia, kini bekas atlet...

Tengku Adnan Bidas Pihak...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mempersoal...

Fenomena Awan Arcus Gambar...

PENYEBARAN gambar fenomena awan arcus di Selatan Thailand sejak akhir-akhir ini, berjaya mendatangkan perasaan...

KPN Izin Syarahan Zakir Naik Dengan Syarat…

KUALA LUMPUR – Pendakwah Islam terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik dibenarkan untuk meneruskan siri syarahan di Malaysia selagi mana ia tidak menjejaskan keharmonian dan keamanan di negara ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menegaskan, pihak polis akan memantau syarahan kontroversi ulama tersebut demi memastikan ia tidak mengganggu sensitiviti agama dan perkauman.

“Kami akan semak semula tajuk ceramah beliau (Zakir),” kata Khalid secara ringkas dalam kiriman mesej beliau menerusi aplikasi WhatsApp kepada sebuah stesen televisyen tempatan, Astro Awani pada lewat Isnin.

Lebih dikenali sebagai Zakir Naik, penerima kategori antarabangsa Tokoh Maal Hijrah 2013 itu dijangka memberi syarahan bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ di Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada Ahad.

Terdahulu Khalid melalui kicauan laman sosial Twitter pada Isnin dikritik apabila memaklumkan syarahan itu tidak dibenarkan susulan dikhuatiri boleh menjejaskan sentimen antara penganut pelbagai agama di Malaysia.

Ia ekoran tindakan Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh sebelum itu membuat laporan polis mengenai tajuk syarahan tersebut agak sensitif sambil meminta pihak polis tidak membenarkan program berkenaan yang dijadualkan.


Tindakan beliau itu dikecam pelbagai badan Islam tempatan kerana pada masa sama pihak berkuasa pula membenarkan banyak program maksiat termasuk konsert penyanyi antarabangsa Selena Gomez bulan depan.

MIC dan sebuah gerakan ekstrem Hindu, Hindraf turut dikutuk keras masyarakat Islam sebagai biadap kerana sumbangan Zakir Naik sebagai pendakwah pernah diiktiraf oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri tiga tahun lalu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Jamil Khir Gesa PDRM Benarkan Forum Zakir Naik

Juga: PAS Kecam Pejuang Hak Asasi Cuba Halau Zakir Naik

Lagi: ‘Ubat’ Untuk P.Ramasamy Daripada Pengganut Hindu

Serta: Dakwa Zakir ‘Setan’, Pejabat TKM PP Dibaling Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori