NEW DELHI – Seekor kuda polis di Dehradun dekat sini dikebumikan dengan penghormatan penuh seperti anggota biasa selepas mati akibat kecederaan diterima dalam serangan oleh seorang anggota politik India.
Kuda dinamakan Shaktiman itu mencetuskan perdebatan selama beberapa minggu antara pelbagai parti politik di India selepas kaki belakangnya yang cedera mengalami gangren sehingga terpaksa dipotong.
Ganesh Joshi, dari parti pemerintah, Bharatiya Janata (BJP) ditahan untuk tempoh singkat bulan lalu atas tuduhan kekejaman terhadap kuda itu yang cedera dalam protes diadakan di Uttarakhand, utara India.
Shaktiman dipakaikan kaki palsu yang diperoleh dari Amerika Syarikat dan setiap butiran rawatan serta pemulihan haiwan itu dilaporkan secara meluas oleh media India.
Malangnya, polis Uttarakhand kelmarin mengumumkan Shaktiman mengalami kejutan dan mati selepas diberi bius untuk merawat jangkitan kuman lain.
Superintendan Kanan, Sadanand Datte berkata: “Doktor memberi bius kerana mahu merawat jangkitan lain tetapi Shaktiman tidak dapat menahannya.â€Â
Berita kematian Shaktiman itu mencetuskan kemarahan aktivis hak asasi haiwan yang menggesa pihak bertanggungjawab dipenjara kerana ‘membunuh anggota polis.’ – AFP/myMetro Online